Kebaikan Cium Mulut Yang Anda Tak Tahu!
Berikut merupakan beberapa kebaikan bercumbu yang mungkin anda tidak tahu
Meningkatkan Daya Imun
kajian oleh jurnal Medical Hypotheses mengatakan ciuman mampu meningkatkan daya imun wanita mengandung, menghalang jangkitan virus Cytomegalo yang boleh menyebabkan anak yang dikandung buta atau cacat. Bercumbu juga dikatakan boleh memperkasakan pertahanan badan.
Bakar Kalori
Ciuman mampu membakar 6 kalori seminit. Menurut kiraan, sekiranya anda dan pasangan bercumbu selama sejam, and boleh membakar kalori segenggam coklat yang anda makan pada waktu makan tengah hari
Menguatkan otot muka
Kepada yang mahukan muka yang berbentuk V, bercium dengan pasangan adalah satu cara untuk mendapatkan wajah yang lebih langsing, menurut penyelidik, anda menggunakan 30 otot wajah ketika bercumbu ini mampu menguatkannya sekali gus membantu anda membuat senaman muka
De-Stress
Menurut kajian saintifik, ciuman mampu meningkatkan tahap Oxytocin, iaitu enzim penenang semula jadi di dalam badan serta Endorphins, enzim kegembiraan semula jadi badan dan Dopamine yang menambahkan perasaan romantis terhadap pasangan. Kesemua enzim ini mampu mebuatkan anda melupakan segala tekanan yang dialami
Kesihatan Oral
Menurut majalah Dental Health, ciuman menambahkan pengaliran air liur yang mampu membuatkan mulut, gigi, dan gusi kekal sihat. Oleh kerana ia meningkatkan daya tahan badan, jangkitan pada mulut dapat dielakkan
sumber :www.eh.com.my

0 comments:
Post a Comment