Tuesday, 18 November 2014

Beijing : Lebih 1000 pelajar menduduki peperiksaan mereka di luar kelas dengan dipantau guru yang menggunakan teropong untuk mengelak penipuan

Guru di Kolej Shaanxi Sanhe sebuah koleh di wilayah Shaanxi membawa keluar semua kerusi dan meja di dalam kelas ke padang sukan sekolah itu

Peperiksaan yang menyerupai penjaran itu dilihat perlu kerana pelajar China amat bijak menipu, termasuk menggunakan gajet ala perisik

Keadaan padang yang terbuka itu membolehkan guru mendapat pemandangan lebih menyeluruh terhadap semua pelajar yang mengambil peperiksaan itu, malah kamera dan teropong turut digunakan

Seramai 3800 pelajar itu mengambil peperiksaan berkenaan secara berkala dalam kumpulan 1200 dan setiap sesi dipantau oleh 80 guru

Kaedah ini digunakan di sekolah berkenaan sejak 10 tahun lalu

Ujian itu diadakan dua kali setahun bagi memastikan tahap kebijaksanaan pelajar untuk rujukan majikan pada masa hadapan


sumber :hmetro

0 comments:

Post a Comment