Monday, 6 October 2014

Kompleks spa di Itali baru sahaja membuka sebuah kolam renang yang disahkan oleh Guinness Book of Records sebagai kolam paling dalam di dunia.

Kolam Tersebut dinamakan Y-40 Deep Joy, kolam renang ini menjadi tarikan di Hotel Milepini yang terletak di kawasan peranginan Montegrotto Terme, berhampiran Venice. Deep Joy mempunyai lubang yang menjunam turun ke bawah dan ke bawah dan ke bawah sehingga mencecah kedalaman 42 meter (138 kaki), ruang yang mudah untuk menampung sebuah bangunan 13 tingkat.

Kolam ini direka oleh arkitek Emanuele Boaretto. Deep Joy dijangka menarik peminat skuba dan freedivers, atlet akuatik yang luar mempunyai kawalan penafasan yang luar biasa. Kolam ini sentiasa diisi dengan 4.3 juta liter air terma ( haba). Hal yang demikian membolehkan penyelam untuk terjun tanpa sut kulit mereka sebagaiman di kawasan terbuka atau di tasik. Ia juga mengandungi gua bawah air yang bertujuan melatih penyelam skuba. Pencinta kolam berharap ia akan mengubah Montegrotto Terme sebagai puast menyelam antarabngsa dan meningkatkan profil sebagai kolam spring haba terbesar di eopah.












0 comments:

Post a Comment