Tunang berjanji Akan Terus Setia Bersama Nur Syafiqa
Mohd Azijja Zafran Zahrani, tunang kepada Nur Syafiqa Lah berjanji akan setia bersama insan kesayangannya itu walaupun kemungkinan gadis tersebut mempunyai parut kekal pada wajahnya.
Malah Mohd Azijja, 24 juga tekad akan setia bersama gadis yang dicintainya itu dalam menempuh apa juga keadaan sebelum melangsungkan perkahwinan pada Mac depan.
Pemuda yang mengikat pertunangan dengan Nur Syafiqa,22 pada April lalu berkata masa ini, dia memberikan fokus untuk memulihkan kembali semangat tunangnya itu
"Walau apa pun yang terjadi, saya akan terus bersama Nur Syafiqa dan kami akan meneruskan majlis perkahwinan seperti yang dirancang sebelum ini"
Dalam kejadian semalam, Nur Syafiqa menempuh pengalaman negeri apabila mukanya ditumbuk dan ditoreh dengan sebilah pisau oleh seorang daripada dua penjenayah ketika cuba melawan suspek yang menceroboh rumahnya di Kampung Wakaf Berangan, Sri Aman, Pasir Puteh.
Mohd Azijja berkata, dia tidak dapat menggambarkan perasaan sedihnya ketika mengetahui Nur Syafiqa diperlakukan dengan kejam oleh penjenayah terbabit.
"Saya sangat cemas. saya menangis tidak henti-henti dan hingga ke hari ini"
"Walaupun Nur Syafiqa sudah boleh tersenyum tetapi saya tahu, dia sebenarnya masih sedih dan trauma dengan tragedi yang menimpanya itu. Sewaktu menemaninya, sudah beberapa kali dia tersentak dari tidur kerana bermimpi mukanya ditoreh, dia memberitahu berasa takut untuk pulang ke rumah itu"
Ketika menceritakan detik kejadian itu, Mohd Azijja berkata, pada hari itu, Nur Syafiqa ada menghubunginya namun dia tidak menjawab panggilan tersebut.
Katanya, selepas itu dia menerima mesej daripada tunangnya yang memberitahu telah dirompa dan meminta saya segera ke hospital.
"Pada mulanya saya ingat dia bergurau kerana dia memang suka menyakat saya"


0 comments:
Post a Comment