Panduan Bersetubuh Mengikut Panduan Islam
Panduan yang diberikan ini adalah untuk kebaikan dan kesejahteraan pasangan serta memperoleh zuriat yang baik.. in shaa Allah.
1- sebelum berjimak, bersihkan diri dengan mandi, mengambil wudhu, memakai haruman yang lembut dan berpakaian yang menggoda pasangan anda
2- Wujudkan suasana kamar yang romantik seperti menggunakan lampu yang samar, bau yang wangi daripada lilin beraromaterapi dan suhu bilik yang dingin
3- Beri salam ketika mendekati pasangananda supaya si dia bersedia untuk menerima kedatangan anda dengan rasa gembira
4- Bercumbu bergurau senda dan berkucupan "Diriwayatkan oleh Jabir r.a " Rasulullah s.a.w melarang melakukan jimak sebelum bergurau senda terlebih dahulu"
5- Doa ketika hendak berjimak " Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah kamu dari gangguan syaitan dan jauhkanlah syaitan dari rezeki ( bayi) yang akan Engkau anugerahkan pada kami" ( H.R Bukhari). Doa ini dibaca ketika suami isteri hendak berjimak. Rasulullah bersabda dengan maksud "Sekiranya salah seorang kamu mendekati isterinya ( bersertubuh dengan isterinya) dan membaca doa ini, lalu berhasillah dengan jimak itu seorang anak, nescaya anak itu tidak dapat dimudaratkan syaitan"
6- Pakai selimut atau kain menutupi anda berdua. Al Ghazali berkata "Dalam suasana ini ( akan bersetubuh) hendaknya didahului dengan kata-kata manis, bermesra-mesraan dan sebagainya dan menutupi diri dengan selimut, jangan telanjang menyerupai binatang. Si suami harus memelihara suasana dan menyesuaikan diri, sehingga kedua pasangan sama-sama menikmati dan merasa puas."
7- Membelai, meraba dan menyentuh bahagian-bahagian merangsangkan syahwat seperti bawah ketiak, payu dara, leher dan pinggang ke bawah.
8- Apabila sudah terangsang, lakukan pelayaran dengan baik dan sopan. Dengan ini, pasangan suami isteri dapat menikmati anugerah Allah swt berikan. Islam membenarkan suami berjimak isteri pelbagai cara. Firman Allah swt " Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai" (Surah Al-Baqarah). Ini bermakna dari arah mana asalkan melalui faraj isteri. Larangan berjimak dengan isteri yang sedang haid dan melalui dubur.
9- Sekiranya suami sudah mencapai klimaknya dengan pancutan air maninya, layanilah isteri sehingga puas.
10- Sekiranya ingin mengulangi jimak sebelum mandi hadas, ambillah wuduk di antara dua jimak. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Sa'id Al Khudry bahawa Rasulullah saw bersabda "Apabila seseorang antara kamu telah menggauli isterinya, kemudian ingin bersetubuh lagi hendaklah ia berwudhu"
sumber : panduanpercuma.info.

0 comments:
Post a Comment