Kota Bharu- Kanak-kanak perempuan berusia 10 Tahun nekda terjun keluar daripada kereta apabila tayar kenderaan penculiknya itu tersangkut dalam selut, dalam kejadian di Kampung Aril, Melor pada pukul 3.30 petang.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Mg Isa berkata, kanak-kanak berkenaan diculik hampir sejam ketika dia menunggang basikal bersama seorang rakannya di hadapan rumah.
Menurutnya, polis bertindak melakukan gerakan mengesan selepas menerima aduan
"Ketika berbasikal, seorang lelaki tiba-tiab menghampiri mereka sebelum menarik kanak-kanak masuk ke dalam keretanya. Tapi selepas kira-kira 22 kilometer dari lokasi kejadian, tayar kereta suspek tiba-tiba tersangkut dalam selut.
" kesempatan itu memberi ruang kepada kanak-kanak itu melarikan diri. Dia kemudian ditemui seorang wanita di kawasan terbabit sebelum diserahkan kepada polis.
Friday, 14 November 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment