Wednesday, 5 November 2014

Sungguh kurang ajar dan tidak menjaga sensitiviti apabila terdapat individu dari luar negara yang cuba mempersendakan tragedi pesawat MH370 untuk dijadikan bahan jenaka di laman sosial. Tindakan tidak bertanggungjawab itu dipercayai dilakukan beberapa individu yang menyertai pesta halloween di Baltimore, AS baru-baru ini. Seorang individu yang menggunakan nama sgallof di dalam instagram miliknya memuatnaik gambar dua lelaki bersama replika pesawat MAS dengan menyertakan hashtag "flightMH370". Sebagai tanda protes , ramai pengguna lama sosial di negara ini mengambil gambar ( screenshot) kemudian berkongsi dengan pengguna lain di facebook. Beberapa lagi gambar yang menggunakan hashtag 'malaysiaairlines" turut dilihat mempersendakan tragedi tersebut.

Pada 8 Mac 2014, pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang daripada imbasan radar ketika berada di ruang udara Laut China Selatan selepas sejam berlepas dari KLIA pada 12.41 tengah malam dan sepatutnya sampai di Beijing 6.30 padi hari yang sama.




0 comments:

Post a Comment