Mengejutkan ! Mayat bayi dalam almari masjid
Ledang - Seorang pekerja am masjid yang sedang mengemas almari telekung terperanjat apabila membuka satu bungkusan kain pelikat yang berisi mayat bayi perempuan di Masjid Jamek Bandar Tangkak, lewat pagi ini.
Dalam kejadian 11.30 pagi itu, pekerja terbabit dikatakan mahu melipat telekung apabila ternampak bungkusan kain pelikat berkenaan dan memerikasanya.
Pekerja terbabit segera melaporkan penemuan mayat bayi yang sudah cukup sifat itu kepada noja masjid sebelum menghubungi polis
Ketua polis daerah ledang Sup Mohd Salleh Abd Razak berkata, kes itu disiasar mengikut seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran di mana sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya
Menurut polis sedang mengesan ibu bapa bayi terbabit dan individu yang bertanggungjawab termasuk meneliti rakaman cctv di masjid itu.
sumber :hmetro

0 comments:
Post a Comment