Monday, 13 October 2014

Pada zaman Rasulullah di Madinah, terdapat seorang pemuda yang dikenali sebagai Zulebid. Dikenal sebagai pemuda yang baik dalam kalangan para sahabat disamping rajin dan taat dalam beribadah kepada Allah swt. Daripada aspek ekonomi dan kewangan , beliau tergolong dalam golongan yang berkemampuan. Sebagai seorang yang mampu, beliau hendaklah melaksanakan sunnah Rasulullah iaitu kahwin . Beberapa kali beliau masuk meminang gadis, namun selalu ditolak oleh orang tua atau gadis tersebut dengan berbagai alasan.

Pada suatu pagi, beliau meluahkan isi hati beliau kepada seorang sahabat. "Cuba kamu temui Baginda Rasulullah, semoga kamu mendapat jalan penyelesaian yang terbaik", nasihat seorang sahabat

Zulebid kemudian mengutarakan isi hatinya kepada Baginda Rasulullah.

Sambil tersenyum Baginda berkata

"Mahukan kamu jika aku nikahkan dengan puteri si fulan"

"Seandainya itu adalah saranan darimu, saya terima. Ya Rasulullah, puteri si Fulan itu terkenal akan kecantikan dan kesolehannya, dan hingga kini ayahnya selalu menolak lamaran daripada sesiapapun"

"Katakanlah aku yang mengutusmu", sahut Baginda
"Baiklah ya Rasul", dan Zulebid segera bersiap dan pergi ke rumah si fulan.

Sesampai ke rumah si fulan, Zulebid disambut sendiri oleh si fulan
"Ada keperluan apakah hingga saudara datang ke rumah saya? .tanya si fulan

" Rasulullah saw yang mengutus saya ke sini, saya hendak meminang puterimu" jawab Zulebid

"Wahai anak muda, tunggulah sebentar, akan saya tanyakan dulu kepada puteriku"

Setelah menemui puterinya dan bertanya " bagaimana denganmu puteriku?"

Jawab puteri tersebut "Ayah, jika memang ia datang kerana diutus oleh Rasulullah saw, maka terimalah lamarannya dan aku ikhlas menjadi isterinya"

Akhirnya pagi itu juga, pernikahan diadakan dengan sederhana. Zulebid kemudian membawa isteri kerumahnya. Sambil memandang wajah isterinya, ia berkata " duhai isteri yang indah wajahmu secantik bidadari, apakah ini yang kamu idamkan selama ini? bahagiakah kamu dengan memilihku menjadi suamimu?

Jawab isterinya," Engkau adalah lelaki pilihan rasul yang datang meminangku, Tentu Allah telah mentakdirkan yang terbaik darimu untukku. Tak ada kebahagiaan selain menanti tibanya malam yang dinantikan para pengantin"

Zulebid tersenyum. Dipandangkan wajah indah isterinya kemudian terdengar pintu rumah diketuk. Segera ia bangkit dan membuka pintu. Seorang laki-laki menkhabarkan bahawa ada panggilan berjihad dalam perang.

Zulebid masuk kembali menemui isterinya

"Duhai isteriku yang senyuman menawan hatiku, demikian besar tumbuhnya cintaku kepadamu, namun panggilan Allah swt untuk berjihad melebihi semua cintaku. Aku mohon keredhaanmu sebelum keberangkata ke medan perang. Allah swt mengetahui semua arah jalan hidup ini"

Isterinya menyahut "Pergilah suamiku, betapa besar pula bertumbuhnya cintaku kepadamu, namun hak Allah swt lebih besar. Doa dan redhaku mengiringimu"

Zulebid lalu bersiap dan bergabung bersama tentera muslim menuju ke medan perang. Gagah berani beliau menghayunkan pedangnya. Beliau bertarung dengan semangat terus maju dan sentiasa mengunmandangkan kalimah Tauhid...ketika sebuah anak panah dari arah depan tak sempat dihindarinya. Tertusuk tepat didadanya. Zulebid terjatuh , ia berusaha menghindari anak panah lainya namun dadanya mulai sesak, nafasnya tidak teratur dan pedangnya mulai terkulai lepas dari tangannya.

Sambil bersandar diantara mujahidin, ia merasakan panggilan Allah swt mulai dekat. Terbayang wajah dua orang tuanya yang begitu dikasihinya. Teringat akan masa kecilnya bersama-sama saudaranya. Berlari-larian bersama teman sepermainannya.

Berganti bayangan wajah Rasulullah yang begitu dihormati, dijunjung dan dikaguminya. Hingga akhirnya bayangan rupawan isterinya. Isterinya yang baru dinikahi pagi tadi. Detik demi detik,syahadat pun terucap dari bibir Zulebid. Perlahan-lahan matanya mulai memejam, senyum menghiasi Zulebid. Zulebid pergi menghadap Ilahi, gugur sebagai syuhada.

Rasulullah dan para sahabat mengumpulkan syuhada yang gugur dalam perang. Di antara para mujadi tersebut terdapatlah tubuh Zulebid yang tengah bersandar bersama timbunan mayat musuh.

Akhirnya dikuburkan jenazah Zulebid di suatu tempat berdampingan dengan para syuhada lain.

Tanpa dimandikan...
Tanpa dikafankan..

Tanah terakhir ditutupkan keatas kubur Zulebid

Rasulullah termenung di samping pusara tersebut.
Para sahabat terdiam membisu

Sejenak kemudian terdengar Rasulullah seperti menahan sebak, Air mata berlinangan lalu kemudian Baginda seolah-olah menadah ke atas sambil tersenyum

Para sahabat lalu bertanya kepada Rasulullah.." Wahai Rasulullah, mengapa di pusara Zulebid engkau menangis?"

Jawab Rasulullah " Aku menangis kerana mengingati Zulebid..Zulebid ..pagi tadi engkau datang kepadaku meminta restuku untuk menika dan engkau pun menikah hari ini juga, Ini hari bahagia,Seharunya saat ini engkau sedang menantikan malam Zafaf, malam yang ditunggu oleh para pengantin"

"Lalu mengapa kemudian engkau mengadah dan tersenyum"? tanya sahabat lagi

"Aku mengadah kerana kulihat beberapa bidadari turun dari langit dan udara menjadi wangi semerbak dan aku tersenyum kerana mereka datang hendak menjemput Zulebid" Jawab Rasulullah

"Dan lalu mengapa Engkau memalingkan pandangan dan menoleh?" tanya sahabat lagi

"Aku mengalih pandangan menghindar kerana sebelumnya kulihat, semakin banyaknya bidadari yang menjemput Zulebid, beberapa diantaranya berebut memegangi tangan dan kaki Zulebid. Hingga dari salah satu gaun dari bidadari tersebut ada yang sedikit tersingkap betisnya".

Di Rumah, Isteri Zulebid menanti sang suami yang tak kunjung kembali. Isterinya terdengar khabar yang suaminya telah mengadap Ilahi.

Malam menjelang....
Terlelap ia, sejenak dalam keadaan setengah mimpi dan nyata.

Sayup-sayup ia seperti melihat Zulebid datang dari kejauhan...tersenyum..namun wajahnya menyiratkan kesedihan pula...

Terdengar Zulebih berkata,"Isteriku, aku baik-baik sahaja. Aku menunggumu disini.Eengkaulah bidadari sejatiku. Semua bidadari disini pabila aku menyebut namamu akan mencemburui kamu...dan kan kubiarkan  engkau yang tercantik dihatiku."

Isteriku Zulebid, terdiam..
Matanya Basah
Ada sesuatu yang mengenang disana

Seperti tak lepas ia mengingati pernikahannya pagi tadi..
Dan bayangan suaminya yang baru sahaja hadir...
Ia menggerakkan bibirnya..
"Suamiku, aku mencintaimu..
dan dengan semua ketentuan Allah ini bagi kita...
Aku ikhlas..

Dan ..
Akan kemanakah kumbang terbang..
Pada siapa rindu mendendam..
Kekasih yang terkasih..
Pencinta dan yang dicinta..
Semua berurai air mata...
Sedih ataukah bahagia..

Wallahualam bishawab.

sumber : inmotivasi.blogspot

0 comments:

Post a Comment