Amerika- Hari Rabu, 22 Febuari 2006, seorang pemuda Arab yang
belajar di sana dan baru sahaja menamatkan pengajian beliau. Anak muda ini
merupakan insan yang terpilih kerana mampu mendalami agama Islam. Selain belajar
beliau juga bertanggungjawab dalam menyebarkan dakwah Islam. Ketika berada di
Amerika, beliau berkenalan dengan seorang Nasrani. Semakin hari mereka semakin
akrab. Harapan beliau agar dapat membawa kawannya itu ke jalan Allah swt. Pada suatu
hari, mereka berdua berjalan-jalan di sebuah kampung dan dalam perjalanan
beliau telah melintas sebuah gereja. Beliau telah meminta untuk memasuki gereja
tersebut. Walaupun kawannya agak keberatan namun permintaan beliau ini akhirnya
dipenuhi. Maka masuklah dia ke dalam gereja.
Tidak lama kemudian, paderi masuk dan lantas mereka yang
berada dalam gereja berdiri sebagai tanda penghormatan kepada paderi tersebut.
Paderi itu terkejut kerana terdapat seorang muslim yang ada ketika itu dan dia
berkata “ dalam kalangan kita terdapat seorang muslim dan aku harap dia keluar
dari sini”. Walau bagaimanapun pemuda arab itu tidak berganjak dari tempat
duduknya. Paderi itu berulang kali meminta beliau keluar, pemuda arab masih
lagi tidak berganjak. Hingga
akhirnya pendeta itu berkata, “Aku minta ia keluar dari sini dan aku menjamin
keselamatannya.”
Pemuda itu berganjak jua
keluar dari gereja. Di saat berjalan keluar ke pintu, pemuda itu bertanya “
Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang muslim?”. Paderi itu menjawab “ Dari tanda
di wajahmu”. Kemudian pemuda itu beransur keluar, tetapi paderi menggunakan
peluang untuk bertanyakan beberapa soalan kepada pemuda tersebut dengan tujuan “provokasi”.
Dengan tenang pemuda tersebut menerima cabaran tersebut. Paderi tersebut
berkata ““Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus
menjawabnya dengan tepat.” Si pemuda tersenyum dan berkata ”silakan”. Paderi
itu mula bertanya,
1. Sebutkan satu
yang tiada duanya ?
2. Dua yang tiada
tiganya ?
3. Tiga yang tiada empatnya ?
4. Empat yang tiada limanya ?5. Lima yang tiada enamnya ?
6. Enam yang tiada tujuhnya ?7. Tujuh yang tiada delapannya ?
8. Delapan yang tiada sembilannya ?9. Sembilan yang tiada sepuluhnya ?
10. Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ?
11. Sebelas yang tiada dua belasnya ?
12. Dua belas yang tiada tiga belasnya ?
13. Tiga belas yang tiada empat belasnya ?
14. Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh ?15. Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya ?
16. Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga ?
17. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya ?
18. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu ?
19. Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diadzab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api ?
20. Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yg diadzab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari ibatu ?
21. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar ?
22. Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari ?
Mendengar pertanyaan tersebut pemuda itu tersenyum dengan senyuman mengandungi keyakinan kepada Allah. Setelah membaca basmalah ia berkata :
1.Satu yang tiada duanya ialah Allah SWT.
2. Dua yang tiada tiganya ialah malam dan siang. Allah SWT berfirman, “Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).” (Al-Isra’:12) .
3. Tiga yang tiada empatnya adalah kekhilafan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidirmenenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
4. Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan Al-Qur’an.
5. Lima yang tiada enamnya ialah shalat lima waktu.
6. Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah hari ke-tika Allah SWT menciptakan makhluk.
7. Tujuh yang tiada delapannya ialah langit yang tujuh lapis. Allah SWT berfirman, “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.” (Al-Mulk:3).
8. Delapan yang tiada sembilannya ialah malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah SWT berfirman, “Dan malaikat-malaikat berada dipenjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di atas(kepala) mereka.” (Al-Haqah: 17).
9. Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa : tongkat, tangan yang bercahaya, angin taufan,lidah , katak, darah, kutu , terbelahnya laut dan belalang.
10. Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah kebaikan. Allah SWT berfirman, “Barangsiapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali ganda.” (Al-An’am: 160).
11. Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah saudara-saudara Yusuf.
12. Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, “Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah dari padanya dua belas mata air.” (Al-Baqarah: 60).
13. Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah saudara Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
14. Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Shubuh. Allah SWT berfirman, “Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. ” (At-Takwir:18).
15. Kuburan yang membawa isinya adalah ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
16. Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya,”Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlomba-lomba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami,lalu dia dimakan serigala.” Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, ” tak ada cercaaan ter-hadap kalian.” Dan ayah mereka Ya’qub berkata, “Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
17. Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara keledai. Allah SWTberfirman, “Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai.” (Luqman: 19).
18. Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapak dan ibu adalah Nabi Adam, malaikat, unta Nabi Shalih dan kambing Nabi Ibrahim.
19. Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diadzab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah SWT berfirman, “Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.” (Al-Anbiya’: 69).
20. Makhluk yang terbuat dari batu adalah unta Nabi Shalih, yang diadzab dengan batu adalahtentarabergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ash-habul Kahfi (penghuni gua).
21. Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah tipu daya wanita, sebagaimana firman Allah SWT, “Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.”
22. Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daunmempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah tahun, ranting adalah bulan, daun adalah hari dan buahnya adalah shalat yang lima waktu, tiga dikerjakan di malam hari dan dua di siang hari.
Paderi dan para hadirin
yang ada amat terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh pemuda tersebut.
Kemudiannya dia panik dan beranjak ingin pergi.
Selepas itu, pemuda tersebut meminta untuk paderi itu menjawa satu
pertanyaan daripadanya. Permintaan itu dipersetujui paderi tersebut.
Pemuda itu bertanya “
Apakah kunci syurga itu?”. Apabila diajukan soalan berkenaan maka paderi
tersebut, paderi kelu dan panik serta raut wajahnya berubah. Paderi cuba
menyembunyikan kebimbangan beliau. Para hadirin di gereja tersebut terus
mendesak agar menjawab pertanyaan tersebut , namun paderi tersebut berusaha
mengelak
Mereka berkata “ Anda
telah mengajukan 22 soalan kepadanya dan semuanya dijawab dengan tepat tetapi
pemuda itu menanyakan anda 1 soalan dan anda tidak mampu menjawabnya”.
Pendeta tersebut akhirnya
berkata “ Sungguh aku mengetahui jawaban dari pertanyaan tersebut, namun aku
takut kalian marah.”
Mereka berkata “ kami
akan menjamin keselamatan anda”
Paderi tersebut berkata “
Jawapannya adalah : ASHHADU
ALLA ILAHA ILLALLAH, WA ASHHADU ANNA MUHAMMADAR-RASULULLAH”
Lantas paderi dan hadirin
yang ada di gereja tersebut memeluk Islam. Sungguh Allah telah menanugerahkan
kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui seorang pemuda yang bertqwa. :)
x
0 comments:
Post a Comment