Friday, 17 October 2014


CHINA- Secara mata kasar, makanan ini kelihatan sangat biasa. Namun siapa menyangka makanan tersebut diperbuat daripada rahim katak Asia betina. Ia dikenali sebagai Hasma. Walaupun diperbuat daripada telur katak, namun makanan segar ini ternyata mempunyai rasa yang sangat lazat kepada penggemarnya







Hasma biasanya dijual dalam keadaan kering dan sudah dipotong. Menurut mereka yang telah merasai makanan ini, Hasma mempunyai tekstur yang lembut. Makanan ini banyak dihasilkan di Heilongjing, Jilin, China dan tidak hairan sekirnya ramai yang mencari makanan ini kerana dipercayai boleh menjadi ubat kepada segala penyakit di tubuh manusia khususnya kaum hawa.

Para wanita yang baru sahaja melalui proses melahirkan anak, mengambil Hasma menjadi satu hal yang wajib. Makanan yang menjadi ubat tradisional dari China ini mampu mencantikkan kulit serta menstabilkan hormon wanita sehingga tubuh menjadi segar dan bertenaga. Selain itu, bagi anda yang ingin menghilangkan lemak ditubuh, Hasma boleh digunakan. Mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh, makanan yang wujud sejak zaman maharaja ini tentu sahaja mempunyai harga yang sangat mahal.

0 comments:

Post a Comment