Thursday, 2 October 2014

Rasulullah  bersabda : "Jika jatuh seekor lalat pada minuman kalian maka benamkanlah, karena di salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang satunya terdapat penyembuhnya" [HR. Bukhari]

Lalat merupakan haiwan yang kecil dan hidup di tempat yang kotor dan seringkali kita menganggap ia menjijikkan.Namun begitu, siapa menyangka disebalik haiwan dipandang jijik inilah mempunyai kelebihdan dan manfaatnya tersendiri. Menurut kajian dan penelitian yang dilakukan oleh Jabatan Mikrobiologi Medik, Fakulti Sains, Universiti Qashim, Arab Saudi, beberapa pengkaji muda yang terdiri daripada Sami Ibrahim at-Taili, 'dil' Abdurahman al-Misnid dan Khalid Dza'ar al-Utaibi yang dibimbingg oleh Dr Jamal Hamid dan dibantu oleh Dr Shalih ash-Ahalih ( seorang pekdakwah terkenal di eropah). Kajian yang mereka lakukan mengenai 'sayap lalat'. Laporan ini mereka bentangkan di "Student Research Seminar", Universiti Qashim

Kaedah yang mereka jalanan adalah dengan memasukkan lalat kedalam cawan masing-masing yang berisi air dan memasukkan lalat kedalamnya. Cawan yang 1 dimasukkan lalat dalam keadaan tenggelam sepenuhnya manakala cawan 2 dimasukkan lalat dalam keadaan tidak tenggelam.

Hasilnya cawan 1 awalnya menampakkan pertumbuhan koloni kecil yang berupa bakteria E.Coli namun pertumbuhannya terhambat oleh bakteria Actinomyces yang menghasilkan antibiotik. Bakteria ini biasanya menghasilkan antiobiotik yang dapat diekstrak iaitu actinomycetin dan actinomycin yang berfungsi "melisiskan" ( hilangkan secara perlahan) bakteria dan bersifat antibakteria dan antifugi

Cawan 2 ternyat ditumbuhi oleh koloni bakteria patogen tipe E. Coli yang menrupakan penyebab berbagai penyakit. 

daripada penelitian yang dilakukan itu , maka dapat dijadikan kesimpulan bahawa masuknya lalat dalam minuman samada tenggelam atau tidak seluruh badannya memberikan hasil yang berbeza dan signifikan. Hal ini sama seperti yang disabdakan oleh Rasulullah saw bahawa sayap lalat itu terdapat penyakit dan penawarnya. Rasulullah pembawa kebenaran.:)



0 comments:

Post a Comment