Tuesday, 4 November 2014



  • Semua orang yang bermimpi tepai lupa 95% daripadanya
Semua orang mengalami 4 hingga 7 mimpi dalam satu sesi tidur. Namun kebanyakan dari kita akan lupa 95 daripada perkara yang dialami dalam kesemua mimpi tersebut

  • Haiwan juga bermimpi
Menurut kajian, gelombang otak haiwan yang sedang tidur menunjukkan persamaan dengan gelombang otak manusia di dalam keadaan mimpi. Oleh itu para saintis percaya haiwan juga mungkin mengalami mimpi ketika tidur

  • Lelaki dan Wanita mempunyai mimpi yang berbeza
Mimpi lelaki dipenuhi dengan watak-watak lelaki dan memberi emosi yang lebih agresif. Manakala mimpi wanita menampilkan jumlah watak lelaki dan wanita yang sama banyak serta durasi yang lebih panjang berbanding lelaki

  • Kebanyakan mimpi mempunyai tema yang sama
Walaupun apa yang dimimpikan bergantung kepada persekitaran dan budaya seseorang, kajian mendapati terdapat beberapa tema universal dalam kebanyakan mimpi. Diserang, dikejar dan jatuh dari tempat tinggi merupakan tema biasa dialami hampir semua orang

  • Orang buta juga bermimpi
Menurut kajian, seseorang yang buta sebelum dia berumur 5 tahun, mempunyai mimpi tanpa sebarang visual. Dalam mimpi tersebut, mereka membayangkan sedang menggunakan deria yang lain seperti sentuhan, bau, rasa dan pendengaran.

  • Emosi negatif adalah sesuatu yang lazim dalam kebanyakan mimpi
Menurut kajian ketakutan dan kerisauan adalah emosi yang paling kerap dialami dalam sesebuah mimpi

  • Kadang kala seseorang boleh mengawal mimpinya
Ini berlaku di dalam mimpi yang dipanggil "lucid dream". dalam keadaan ini, seseorang akan sedar yang dia sedang bermimpi tetapi masih meneruskannya. Ini membolehkan orang yang bermimpi tadi mengawal penglibatannya dalam mimpi itu serta memannipulasi situasi mimpi tersebut
  • Badan manusia lumpuh sewaktu mimpi ketika pringkat REM
REM atau Rapid Eye Movement ialah satu peringkat dalam kitaran tidur seseorang. Pada peringkat ini, neuron motor tidak diaktifkan bagi mengelakkan sebarang pergerakan fizikal ketika tidur. Apa yang menariknya, ialah kadang kala seseorang terjaga dahulu sebelum neuron motornya diaktikfkan semula. Ini menyebabkan anggota seperti tangan atau kaki akan terasa kejang atau kebas ketika bangun dari tidur

  • Kebanyakan mimpi mempunyai warna
Boleh dikatakan hampir 80% mimpi didatangkan dengan warna dan selebihnya adalah dalam bentuk hitam putih. Sebeum tahun 1950, kajian mendapati kebanyakan mimpi adalah hitam dan putih, namun peratusan semakin berkurangan seiring dengan peredaran zaman. Mereka percaya perkembangan inovasi televisyen adalah punca mengapa kebanyakan kita hari ini mempunyai mimpi yang berwarna
  • Persekitaran boleh masuk ke dalam mimpi
Pernahkah anda mengalami situasi yang mana sesuatu yang berlaku dalam dunia sebenar ketika anda sedang tidur, masuk ke dalam mimpi anda?, Sebagai contoh ketika tidur di siang hari anda termimpi sedang memotong rumput. Apabila terjaga, anda  mendapati isteri anda sedang menggunakan mesin pengisar..hehe





sumber :timizero.com

0 comments:

Post a Comment