Florida : Seorang wanita mengaku membunuh jirannya, memotong mayat mangsa dan merebusnya dalam usaha untuk melupus mayat berkenaan.
Angela Stoldt mengaku membunuh James Sheaffer pada April 2013, menurut dokumen yang difailkan beberapa hari lalu.
Dalam pengakuan kepada polis, dia berkata, apabila gagal menghapuskan mayat itu setelah merebusnya, Angela membuang saki baki mayat itu di tempat pembuangan sampah.
Dia juga meminta bantuan untuk membuang mayat itu dengan memberitahu ia bangkai rusa
Menurutnya, dia membunuh pemandu limo itu kerana lelaki itu memusnahkan hidupnya
Pendakwa raya berkata, mereka mula bertengkar pada 3 Aapril 2013 di rumah Angle mengenai masalah kewangan. Mereka berkongsi akaun bank tetapi tidak tahu alasannya.
Sebelum ini, Angela membancuhkan arak dengan dadah dalam minuman lelaki berkenaan untuk membuat Sheaffer mengantuk dan khayal.
Dia kemudian membawanya ke tanah perkuburan berhampiran dan pertengkaran itu berterusan.
"Dia cuba menyerang saya menyebabkan saya menikamnya" kata Angela yang mencakwa dia bertindak sedemikian kerana mempertahankan diri.
Angela kemudian menjerut leher lelaki tiu, menyebabkan mangsa mati. Dia mengheret mayat Sheaffer ke rumahnya semula dan mencincang mayat berkenaan.
Satu kaki dimasukkan ke dalam ketuhar dan yang lain dimasukkan ke dalam periuk untuk direbus,
Apabila gaga mengahapuskan mayat berkenaan dengan cara itu, dia masukkannya ke dalam plastik dan membuangnya ke tong sampah.
Angela menghabiskan beberapa hari lagi untuk memusnahkan lebih banyak bukti termasuk menanam telefon bimbit mangsa, membuang periuk dan kuali yang digunakan untuk memasak mayat tersebut.
Tiga minggu selepas itu, dia mengaku melakukan jenayah berkenaan di hadapan keluarganya..
Kakaknya bertindak menyerahkan di kepada polis
Pendakwaraya bercadang memohon mahkamah untuk menjatuhkan hukuman mati. Bagaimanapun sekiranya didapati bersalah , dia mungkin akan dipenjara seumur hidup..
Thursday, 20 November 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment