Tuesday, 25 November 2014



Bila berbicara soal jodoh ni, ramai yang tertarik kan. Ada yang suka dan ada juga yang tidak berapa suka..pernah terfikir tak kenapa jodoh anda lambat datang?..jom baca kenapa jadi sedemikian....

1- Jodoh itu rahsia Allah swt

Sejauh mana pun anda fikirkan, ia tetap menjadi satu misteri yang tidak boleh diungkapkan kerana ia sudah ketetapan Allah swt yang menciptakn manusia dengan akal dan fikiran yang terbatas

2- Diri belum benar-benar bersedia

Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. adakah anda betul-betul bersedia menjadi suami ataupun isteri?.adakah sudah bersedia dari segi mental dan fizikal,....tepuk dada tanya selera

3- hati tidak fokus dalam mencari jodoh dan tidak bersungguh-sungguh

macam mana la anda nak dapat jodoh kalau anda tidak bersungguh-sungguh. mulut je kata nak jodoh tetapi hakikatnya "aku bukannnya tak nak berjodoh tapi banyak kerja la..tak sempat nak cari calon isteri"....lihat tuh, macam mana tak lambat jodoh datang kalau tak bersungguh-sungguh

4- Terlalu memilih kriteria pasangan

ini satu lagi..kalu dah ketat sangat ciri-ciri orang yang nak dijadikan isteri ataupun suami, siapa  yang layak agaknya?...tak salah memilih tapi berpada-padalah, jangan sampai nak umpama bidadari kayangan....sampai bila tak jumpa

5- Hati kotor, masih banyak perasaan benci

Kalau banyak sangat perasaan benci tu dalam hati, kesannya orang lain pun jadi benci dengan kita. apa salahnya kita berubah untuk  jadi lebih mesra dengan semua orang. mana tahu dalam ramai-ramai yang dimesra itu, jodoh anda..mana lah tahu kan...

6- Fobia dan serik bercinta

yang ni parah nak ubat, satu je ubatnya, kena redha dengan pengalaman cinta tidak kesampaian dan berusaha untuk kehidupan yang lebih bahagia di hari muka...semangat kena ada...jangan pasrah dan terus putus asa ja...ornag yang putus asa tak kan berjaya

7- Doa tidak makbul

Berdoa untuk mendapatkan jodoh, Allah swt telah berfirman" mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan"..persoalan, kenapa masih tidak bertemu jodoh?,,salah satu adalah doa tidak makbul hati yang kotot, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang...juga, tetapkan hati korang yang mana satu jejaka yang anda mahu...lakukan solat istikharah untuk diberi petunjuk

8- Restu ibu bapa belum sempurna

Jodoh tidak sampai mungkin disebabkan restu emak ayah yang tidak sempurna. Emak ayah masih rasa tidak berapa sedap untuk lepaskan anaknya. Tanya pada mak "mak benar-benar redha tak saya berumahntangga"..ada emak yang anak sulungnya tidak mahu dilepaskan , anak bongsu apatah lagi. Itu kekadang susah hendak dapat jodoh. emak mahu anaknya berkahwin tetapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan...itu satu masalah yang rumit

9-- Terlampau selesa hidup bersendirian

Benda macam ini dah jadi trend sestengah orang yang merasakan lebih selesa hidup sendiri sehingga tidak melihat keperluan untuk berumahtangga. Nak bertemu jodoh tang mana?..perlu ingat, berkahwin merupakan satu ibadah yang mana dilakukan dengan niat kerana Allah swt...In shaa Allah akan mendapat ganjaran pahala

10- Hidup tak seimbang

Kadang-kadang terlampau tenggelam dengan kerja sendiri sampai tak ada masa nak bersosial...paling parah tak bertemu manusia lain...entah kenal atau tidak orang sebelah rumah....kuat sangat enjoy atau dengan kata lain sindrom "orang bujang" yang melampau....jodoh mana nak melekat..kena ubah!



Tiada lebih membahagiakan selain mendapat rahmat Allah swt. Apabila tiba saat jodoh itu datang kepadamu, sambutlah dia dengan hati yang terbuka dan jangan sesekali melepaskan ia pergi...jodoh itu rahsia Allah swt.



sumber :lyssasecret.com

0 comments:

Post a Comment