Monday, 10 November 2014

Kuala Besut- Operasi mencari dan menyelamat ( SAR) seorang pemancing yang hilang ketika keluar memancing di laut Khamis lalu gempar apabila mayat ditemui terapung kira-kira 10 batu nautika dari Pulau Susu Dara dekat Pulau Perhentian semalam.

Penemuan mayat itu melegakan semua pihak termasuk mereka yang terlibat dalam operasi mencari juga waris Ali Majid, 59 selepas lima hari operasi dilakukan. Berita penemuan mayat tersebut menyebabkan waris mangsa dan orang ramai bergegas ke Jeti Pelancongan Kuala Besut untuk menunggu.

Suasana pilu menyelubungi di kawasan jeti apabila ahli keluarga mangsa ada yang tidak dapat menahan kesedihan termasuk isteri mangsa Hasnah Mat, 52 dan anak-anak. berita penemuan mayat tersebut diketahui ketika jemaah menunaikan solat hajat khusus untuk pencarian Ali di tepi pantai kampung Pengkalan Atatp berdekatan rumah mangsa.

Mayat Warga Asing Yang Ditemui

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superitendan Khaled Che Lah telah mengesahkan bahawa mayat yang ditemui tersebut adalah bukan Ali.Menurutnya mayat tersebut telah ditemui oleh nelayan bot pukat tunda dari Kuala Terengganu kira-kira 10 batu nautika selepas Pulau Susu dara sebelum diserahkan kepada Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia.

Berdasarkan keadaan mayat yang mempunyai kesan tatu pada beberapa bahagian anggota badan termasuk pengecaman yang dibuat anak lelaki mangsa mengesahkan mayat tersebut bukan ali, sebaliknya dipercayai warga asing.

Mayat yang dijumpai tiu dianggarkan telah mati kira-kira seminggu berdasarkan keadaan mayat dan punca kematian yang belum diketahui.







0 comments:

Post a Comment