Khasiat Budu Yang Ramai Orang Tak Tahu
Budu merupakan makanan tradisional masyarakat pantai timur khususnya masyarakat Kelantan. Tidak sah sekiranya orang Kelantan tak makan budu walaupun terdapat sesetengah masyarakat tidak memakannya. Budu dihidangkan bersama ikan tawar, bawang, cili dan perah limau nipis dan nak lebih memikat hati, masukkan sekali tempoyak atau durian..Ermmm...sedapnya...telan air liur...cicah bersama ulam....makan tak puas...hehe..pasti menyelerakan. Sekarang..bukan sahaja budu dikenali di pantai timur sahaja tetapi seluruh Malaysia mungkin dah kenal dengan budu...tidak dinafikan Sabah dan Sarawak juga ada budu...
Di samping kesedapan, khasiat budu juga tidak tidak ketinggalan..Mungkin ramai yang tidak mengtahuinya. Budu dikatakan menyumbang kepada kecantikan dan awet muda. Menurut Penyelidik Kanan Alam Sekitar dan Bioproses, Pusat Teknologi Sirim, Hamidah Sidek dalam kajian yang dilakukannya selama dua tahun bersama 10 penyelidik Sirim yang lain, makanan tradisional ini mampu mengekalkan wajah muda seseorang...
Terdapat juga kajian yang dilakukan di luar negara, budu sangat bagus untuk dimakan kerana ia
1- Kajian pemakanan Jepun, Amerika Syarikat, New Zealand dan Jerman mendapati budu gluthaoine iaitu bahan antioksidan yang mampu memerangi pelbagai penyakit termasuk kanser
2-Pengkaji Universiti Carolina, As mengatakan unsur genestin dan phytoestrogen dalam budu boleh melambatkan penuaan dan mencegah barah payu dara
3- Satu ujji kaji rambang mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gram sehari dua minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar jangkaan
4- Budu berpotensi mencegah cirit-birit dan penuaan kolestrol darah, begitu juga penyakit jantung dan hipertensi
5- Didakwa budu juga boleh menjadikan seseorang lebih pintar kerana meransang sel otak. Ia juga membantutkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan kembung perut.
sumber :ibnismail.wordpress
http://gerigibesi.blogspot.com/2014/11/khasiat-budu-yang-ramai-orang-tak-tahu.html

0 comments:
Post a Comment