Tuesday, 11 November 2014

Seroang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kerteh pengsan empat jam dan patah kaki kiri selain terkoyak dan terseliuh buku lal apabila terbabit dalam insiden selepas kain pakaian seragamnya terbelit di celah lidi motosikal diboncegnya di Kilometer 2, Jalan Lapangan Terbang Kerteh Semalam .Kaki mangsa tersepit di celah roda motosikal ketika pulang dari peperiksaan SPM sekolahnya.

Mangsa, Wan Siti Sulyza menyatakan bahawa selepas kakinya tersepit sesuatu dia terus tidak sedarkan diri dan tidak tahu apa yang sebenrnya yang berlaku ke atas dirinya selama kira-kira empat jam.

"Saya tidak tahu apa yang berlaku dan bila sedar jam 6 petang, saya dah ada di Hospital Kemaman , lalu terus menangis menahan kesakitan amat sangat"

Ibu mangsa, Mahani, 47 berkata, anaknya akan tetap mengambil peperiksaan baki kertas SPM di hospital berkenaan memandangkan masih tidak mampu berjalan.

"Saya dimaklumkan doktor, tulang kaki anak saya patah, buku lali lari sebelah dan kulit anak serta daging bahagian atas kaki terkoyak. Buat sementara waktu ini, doktor memasukkan besi di bahagian tulang kaki yang patah itu"


sumber : sinar dan metro

0 comments:

Post a Comment