Demi Cinta Sanggup Berhenti Kerja
Seorang pemuda berusia 24 tahun di Shandong sanggup berhenti bekerja dan berpindah ke Henan untuk menjaga kekasihnya yang menghidap barah. Yu Haining menjalinkan hubungan dengan teman wanitanya, Fan Huiziang, 25 sejak lima tahun lalu. Selepas mengetahui kekasihnya itu disahkan menghidap barah Jun lalu, dia serta merta meletakkan jawatan untuk menjaganya.
Yu bersungguh-sungguh mahu mengahwini Fan secepat mungkin. Lelaki menyatakan bahawa beliau sentiasa bersama teman wanitanya tidak kira apa yang berlaku pada masa hadapan dan dia juga ingin menjadi seorang suami. " Kerana cinta, saya memegang erat tangan kamu. Kerana cinta juga, saya juga mengharapkan keajaiban. Saya berharap anda bersetuju menjadi isteri saya dan terima saya menjadi suami kami"
Fan pula berkata " Semua wanita mahu berkahwin, tetapi saya tidak pasti berapa lama lagi saya boleh hidup. Jika saya bersetuju menerima lamarannya dan meninggalkannya kemudian, apa yang boleh dia lakukan"



0 comments:
Post a Comment