Wednesday, 26 November 2014



Beijing : seorang lelaki di Putian, wilayah Fujiam mereka cipta dan membina kereta hodoh ini yang diilhamkan daripada kereta Lamborghini.

Menurut China Daily yang memetik laporan portal berita fjsen.com, tukang kayu Yu Jietao mengukir semua bahagian diperlukan untuk kereta itu sebelum menggabungkan dan meraut corak untuk menghiasinya

Mujur kereta itu mempunyai ciri lain yang menjadikan iainya lebih menarik

Ini termasuk tayar dan motor elektrik yang mampu menggerakkan kereta berkenaan pada 30 kilometer sejam

Yu mengambil masa hampir setahun dan berbelanja sebanyak 100,000 yuan ( RM55000) untuk membina kereta Lamborghini kayu berkenaan. Khabarnya rekaan itu sudah pun menarik beberapa pengumpul yang menawarkan sehingga 220,000 yuan ( RM120,000) untuk memiliki kereta kayu itu.

0 comments:

Post a Comment