Kenapa Saya Tak Cantik?.
Kenapa tiada yang berminat dengan saya?
Kenapa tiada yang ingin memetik bunga seperti saya?
Kenapa tiada yang ingin meminang saya?
Kenapa tiada yang ingin kahwin dengan saya?
Kenapa tiada yang cuba mendekati saya?
Kenapa semua ini terjadi pada saya?....
terus hati bertanya kenapa..kenapa dan kenapa dek kerana terlalu membandingkan keindahan wajah orang dengan diri sendiri.....
Memang berat rasa hati kerana tidak seperti insan lain dan cenderung merasa tidak cukup dengan apa yang dimiliki dan menyebabkan hati berasa tercabar untuk menerima apa yang telah dikurniakan.
Cantik?
Kita tidak perlu merasa iri hati atau cemburu dengan orang lain yang jauh lebih cantik dan menawan berbanding diri kita. Ini kerana setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing yang telah ditentukan Allah swt. Setiap kurniaan itu sungguh membawa hikmah yang mungkin sahaja tidak tercapai dek akal..sesungguhnya Dia Maha Mengetahui..
Percaya.
Percayalah bahawa Allah swt selalu mempunyai rencana yang baik kerana memberi wajah ini kepada kita. Allah swt selalu mempunyai cara yang terbaik untuk mendidik hambanya agar menjalani hidup yang sepatutnya.
Ingat
Sesungguhnya kecantikan fizikal tidak kekal "bunga yang cantik pon akan tetap layu, tetapi hati yang cantik tetap menawan sanubari".
"Sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita solehah"

0 comments:
Post a Comment