Tiga pelajar pusat latihan di Gong Badak cedera selepas berlaku satu letupan di Kampung Padang Machang hari ini.Seorang daripada pelajar tersebut cedera parah pada bahagian tangan kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah ( HSNZ)
Pelajar berkenaan Nazrin Che Mohamad, 20, Khairul Shahiran Che Ibrahim, 19 dan Mohd Afiq Mohd Misran, 18.
Menurut sumber maklumat awal yang diterima mengatakan kejadian berlaku ketika mereka sedang mengemas rumah nenek seorang daripada pelajar tersebut iaitu Nazrin untuk disewa. Ketika mengemas, Mohd Khairul Shahiran mengangkat sebuah kotak yang tiba-tiba meletup sehingga menyebabkan ketiga-tiganya cedera. Akibat letupan tersebut juga, kedua-dua tangan Mohd Khairul Shahiran hancur.
Saturday, 8 November 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




0 comments:
Post a Comment