Friday, 7 November 2014

China : Seorang gadis berusia 19 tahun sanggup meniduri lelaki berlainan di setiap bandar dengan mengharapkan pembiayaan untuk menjelajah di seluruh China. Remaja berkenaan, Ju Peng telah mengiklankan dirinya di laman sosial Weilbo. Dia meletakkan syarat bahawa "kekasih sementara"nya itu mesti kacak, bawah 30 tahun, tinggi 1.75 meter dan yang paling penting "kaya". Ju berasal dari Shanghai menawarkan dirinya untuk menghabiskan sepanjang malam dengan lelaki yang sanggup membiayai perjalanan dan perbelanjaan hariannya.

Menurutnya " Mereka perlu membiayai tambang saya ke bandar mereka dan semua perbelanjaan saya di sana. Mereka mesti yang tidak kedekut. Sebagai balasan mereka boleh bermalam dengan saya. Saya akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada mereka."

Walau bagaimanapun , tindakannya itu telah dikecam oleh sesetengah golongan kerana iklan yang dilakukan lebih kepada tawaran pelacur. Mereka juga menggesa supaya iklan berkenaan dipadamkan.Namun Ju telah menjelajah ke seluruh timur China dengan cara itu dan kini meneruskannya penjelajahannya ke bahagian lain negara berkenaan. Dia menganggap ia seperti mengembara dan tiada apa yang perlu dimalukan.













sumber :Hmetro

0 comments:

Post a Comment