Dunia
ini penuh dengan tempat-tempat yang unik dan menakjubkan untuk
dilawati dan dengan kemajuan teknologi, tempat-tempat yang terpencil
tapi mengagumkan seumpama ini dapat dijumpai.
Melihat keindahan alam yang mempersonakan ini akan membuatkan hati mengagumi kebesaran Allah yang menciptakan seluruh alam, walaupun hanya sekadar dapat melihat dari skrin komputer, itu pun jadilah. Senarai ini memperlihatkan 10 tempat paling cantik, unik dan menakjubkan dari seluruh dunia.
10- Pamukale, Turki
Pamukkale dalam bahasa Turki bermaksud
istana kapas, dan juga dipanggil istana putih kerana persekitarannya
yang keputihan disebabkan oleh kepekatan calcite yang tinggi di dalam
air. Endapan sedimen dari batu travertine menghasilkan teres putih, air
terjun yang membatu dan hutan mineral yang membentuk landskap di
sekitarnya.
17 mata air panas di sini pula dipanaskan oleh gunung berapi bawah tanah. Kawasan ini juga menjadi spa untuk berubat sejak ribuan tahun dan menarik pengunjung dari serata dunia, selain kerajaan Rom pernah membina kota kuno Hieropolis di sini penpatah.

9- Sanqinshan, China
Sanqingshan yang dianggap sebagai tempat
suci ini digunakan oleh penganut agama Tao untuk meditasi, dan
dipercayai mampu memberikan keabadian hidup penpatah Tempat ini
diselubungi kabus selama 200 hari setahun dan kabus ini menyumbang
kepada persekitaran yang sangat menyamankan, bersama-sama dengan
beribu-ribu anak sungai yang mengalir ke tasik-tasik, formasi batu
granit yang menyerupai bentuk manusia dan haiwan dan pokok-pokok pain
yang berbentuk unik.
Tasik-tasik dan tumbuh-tumbuhan mewujudkan persekitaran unik yang menarik banyak spesis burung dan haiwan eksotik yang jarang dijumpai.
Tasik-tasik dan tumbuh-tumbuhan mewujudkan persekitaran unik yang menarik banyak spesis burung dan haiwan eksotik yang jarang dijumpai.
8- Vale Da Lua
Tempat ini merupakan lembangan batu yang
terbentuk hasil hakisan dari Sungai San Miguel. Vale Da Lua bermaksud
lembah bulan dan diberikan nama tersebut kerana hakisan dari sungai
menyebabkan batu tersebut menjadi licin dan berwarna kelabu seperti di
bulan penpatah Lembah ini juga mempunyai batu tertua di dunia, degan
anggaran usia menjangkau 1.8 billion tahun. Sungai tersebut pula telah
membentuk gua, air terjun dan pembentukan batu yang pelik. Jika dilihat
dari angkasa lepas, kawasan ini merupakan yang paling bercahaya di
bumi.
7- Socotra
Socotra digambarkan sebagai salah satu
tempat yang kelihatan seperti asing dari planet lain penpatah Ianya
sangat terasing dengan iklim yang ekstrem dan kering, dan hasilnya satu
pertiga daripada tumbuhan di sini tidak terdapat di tempat-tempat
lain, termasuk pokok Darah Naga yang terkenal, tumbuhan luar biasa
berbentuk seperti payung yang mengeluarkan getah berwarna merah.
Socotra dianggap sebagai tempat mempunyai paling banyak kepelbagaian tumbuhan di tanah Arab dan disenaraikan sebagai tapak warisan dunia.
Socotra dianggap sebagai tempat mempunyai paling banyak kepelbagaian tumbuhan di tanah Arab dan disenaraikan sebagai tapak warisan dunia.
6- Laut Mati
Laut Mati yang juga dikenali sebagai Laut
Garam ini terletak di sempadan Jordan dan Israel. Ianya terletak di
ketinggian paling rendah di atas permukaan bumi. Disebabkan kemasinan
dan kepadatan yang sangat tinggi, ianya digelar Laut Mati dan airnya
lebih masin berbanding air laut. Ianya juga terkenal dengan sifatnya
yang boleh mengapungkan manusia di atas permukaan air penpatah. Hidupan
air seperti ikan juga tidak mampu untuk hidup di sini.
5- Great Blue Hole, Belize
Lubang dalam yang digelar sebagai Blue
Hole ini boleh didapati di perairan Bahamas dan Belize. Lubang ini
selalunya merupakan pintu masuk ke rangkaian gua dan ada di antara
kepanjangannya mencecah sehingga 14 kilometer. Penyelam telah
melaporkan menjumpai sejumlah besar makhluk akuatik yang masih baru
kepada sains.
4- Chocolate Hills
Chocolate Hills merupakan tempat tarikan
pelancong paling popular di Bohol, Filipina yang disenaraikan di nombor
6 dalam tujuh keajaiban baru dunia. Kawasan bukit ini terdiri daripada
kira-kira 1268 bukit batu kapur yang dilitupi rumput berbentuk kon
dengan ketinggian antara 40-120 meter penpatah Chocolate Hills yang
merupakan satu keajaiban alam ini juga disenaraikan sebagai tugu
geologi nasional Filipina.
Semasa musim panas, bukit batu kapur yang dilitupi rumput ini akan mengering dan bertukar warna menjadi perang, mengubah kawasan ini menjadi barisan bukit yang kelihatan seperti coklat. Direkodkan bahawa tiada pembentukan semulajadi yang seumpamanya di dunia.

3- Sungai Rio Tinto
Sungai Rio Tinto mengalir dari gunung
Sierra Moreno hingga ke Teluk Cadiz di Huelva, Sepanyol. Rio Tinto
bermaksud sungai merah dan ini bertepatan dengan keadaan sungai ini
yang berwarna merah disebabkan tahap besi yang tinggi. Sungai ini
dilombong untuk tembaga, emas dan perak sejak dari zaman kuno dan
berterusan sehingga hari ini.
Ianya juga mempunyai lombong tertua di dunia, yang dipercayai peninggalan Nabi Sulaiman. Disebabkan aktiviti perlombongan, sungai ini mempunyai kadar asid yang tinggi dan menjadi habitat kepada organisma yang hanya hidup dalam keadaan ekstrem.

2- Fly Geyser Reno, Nevada
Pancutan air panas ini terhasil secara
tidak sengaja daripada penggerudian mencari telaga air, walaupun ianya
tidak terbentuk sehinggalah tahun 1960. Tempat yang mempunyai kawasan
geoterma ini telah menyebabkan air panas terpancut ke atas permukaan
dan mineral mula terbentuk yang akhirnya menghasilkan gunung berapi
kecil setinggi 5 kaki, dengan lapisan teres penpatah Teres tersebut
mempunyai warna berlainan disebabkan mineral yang terdapat di situ.
Tempat yang asalnya tidak mempunyai banyak air ini telah menarik angsa,
itik, ikan dan juga haiwan-haiwan ke sini.
1- Cano Cristales, Colombia
Cano Cristales merupakan sungai yang
terletak di pergunungan Serrania de la Macarena. Kawasan ini sangat
terpencil di mana cara untuk ke sana hanyalah dengan menaiki kuda,
keldai atau berjalan kaki. Kawasan ini dipenuhi dengan air terjun,
jeram dan perigi di mana airnya sangat jernih hingga permukaannya boleh
jelas dilihat.
Dalam tempoh antara musim hujan dan musim kemarau yang berlaku antara September-November, sungai tersebut akan bertukar dengan dipenuhi warna. Alga di dalam sungai menghasilkan campuran warna merah, biru, hijau, hitam dan kuning penpatah Sungai ini juga tidak mempunyai ikan kerana salurannya yang rumit dan bersimpang-siur. Sungai ini juga dipanggil The River of Five Colours, The Liquid Rainbow dan The River That Ran Away From Paradise.

Rasa kagum tak?..ingin pergi?
sumber :ohdunia.com

0 comments:
Post a Comment