Monday, 24 November 2014












Kuala Lumpur : Seorang suami tergamak mengheret isterinya sebelum memijak kepala wanita itu berulang kali hanya kerana mangsa gagal memasak juadah tengah hari

Dalam kejadian jam 3 petang kelmarin ( 23/11/2014), mangsa yang berusia 30 an diserang suami ketika mangsa sedang bekerja di pejabatnya terleletak di Bangsar di sini

Lebih menyedihkan apabia mangsa yang dibelasah suami itu sedang hamil 3 bulan.

Sumber polis berkata, suspek mulanya menghubungi isteri yang sedang bekerja kira-kira jam 3 petang dan meminta  wanita itu pulang ke rumah untuk memasak

"Mangsa bagaimanapun memberitahu tidak boleh pulang ke rumah berikutan masih bekerja. Jawapan itu menyebabkan suspek mengamuk dan menghemburkan kata-kata kesat"

Suspek kemudian muncul di tempat mangsa bekerja dan menyerang isterinya. Malah mangsa diheret suami hingga ke tingkat bawah bangunan pejabat.

Mangsa yang kesakitan bagaimanapun cuba melawan menyebabkan insiden semakin tegang berlaku.

Suspek kemudian bertindak mencekik isterinya dan membelasah mangsa sebelum berjaya dileraikan rakan setugas.

Mangsa sebelum sudah beberapa kali dibelasah suspek yang menendang dan memijak mukanya. Suspe dikatakan sering memaksa mangsa berhenti kerja namun mangsa enggan berikutann suaminya adalah seorang penganggur.

Akibat kejadian itu, mangsa cedera di muka dan lebam sebeum menerima lawatan di klinik berhampiran. Difahamkan suspek bertindak menghalau isterinya dari rumah sejurus kejadian serangan itu.

sumber:hmetro


0 comments:

Post a Comment