Gadis Ditumbuk dan Ditoreh Dengan Pisau di Bahagian Muka Kerana Melawan Penyamun
Pasir Puteh : Seorang gadis parah di bahagia muka akibat ditoreh dengan pisau oleh penyamun di rumhanya di Sentosa, Wakaf Berangan Sri Aman Pasir Puteh, Kelantan
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 1.40 petang itu, mangsa telah ditumbuk dan ditoreh dengan pisau di bahagian muka akibat cuba melawan salah seorang suspek
Siasatan awal pihak polis mendapati dua suspek telah memecah masuk ke dalam rumah dengan memakai topi keledar untuk mengelakkan dicam oleh mangsa
Salah seorang suspek menendengan pintu bilik air ketika mangsa, Nur Syafiqa sedang mandi. Mangsa ditarik ke ruang tamu dan mendapati ibunya, Hat Tema terbaring di ruang dapur rumah
Nur Syafiqa diminta oleh salah seorang suspek mencabut cincin yang dipakai oleh ibunya
Mangsa kemudian dibawa masuk ke dalam sebuah bilik oleh suspek. Suspek sempat mengambil iphone 5s milik mangsa. Kemudian suspek membuka seluar dan cuba merogol mangsa namun tidak jadi kerana rakannya yang bersama dengan ibu mangsa memanggilnya.
Bagaiamanpun , suspek masuk semula ke dalam bilik dan menumbuk dan menoreh muka mangsa dengan pisau kerana cuba melawan
Suspek kemudianna keluar dari bilik dan mangsa dengan segera mengunci pintu bilik serta menjerit dari tingkap meminta bantuan jiran-jiran terdekat
Dua suspek terkejut mendengar jeritan mangsa segera melarikan diri
Adik mangsa, Nur Shafatini yang turut berada dalam rumah ketika kejadian berada dalam keadaan takut dan bersembunyi di bawah katil ketika suspek menendang pintu bilik. Bagaimanapun dia sempat menghubungi polis dan pihak ambulans untuk meminta bantuan.
Ibu mangsa mengalami kecederaan di bawah mata sebelah kanan dan luak ditoreh di sebelah pipi kiri kerana cuba melawan, manakala Nur Syafiqa cedera di bahagian dahi dan pipi
Barang-barang yang disahkan hilang adalah cincin emas, seutas gelang tangan dan Iphone 5s
Nur Syafiqa dan ibunya telah dibawa ke Hospital Tengku Anis untuk rawatan sebelum dirujuk ke HUSM untuk rawatan lanjut. Menurut mangsa, kedua-dua suspek orang kelantan kerana percakapannya loghat kelantan namun tak dicam wajah kerana memakai topi keledar.


0 comments:
Post a Comment