Selepas membuat pengumuman mengenai statusnnya yang sudah bertunang, Sam Bunkface, 27 tidak berani lagi meletakkan tarikh kahwinnya berikutan kesibukan mengadakan jelajah promosi album ketiga mereka berjudul Malam Ini Kita Punya.
Memilih universiti yang terdapat di Malaysia sebagai lokasi jelajah, Bunkface turut gembira apabila muzik video lagu Malam ini Kita Punya sudahpun siap dihasilkan
"Sebenarnya pertunangan ini berlaku tanpa diduga di mana ketika datang ke rumah tunangnya di Masjid Tanah, Melaka, niat asal keluarga saya untuk merisik sahaja
"Namun apabila majlis selesai, keluarga datang kepada saya dan mengucapkan kerana saya sudah bertunang"
Meskipun terkejut, saya gembira kerana semuanya berjalan lancar"
"Oleh itu saya tidak berani meletakkan sebarang sasaran, namun berharap jika jelajah promosi selesai, barulah saya boleh fokus terhadap perkahwinan saya"
Sam bertunang dengan Aida Azira Hussin, 27 yang juga seorang penerbit rancangan di TV3 pada 6 Oktober yang lalu
Mereka berkenalan selama empat tahun sebelum masing-masing memutuskan untuk menjadi pasangan kekasih dua tahu kemudiannya.Pengumunan ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan dan khabar angin yang tidak tepat mengenai hubungan mereka.
sumber:hmetro
Friday, 14 November 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment