Petua Untuk Dapatkan Anak Kembar
Nak share sikit pasal petua nak dapatkan anak kembar. Tapi petua ke apa ke...Allah swt yang tentukan..kita hanya boleh ikhtiarkan sahaja...bagi yang teringin anak kembar...boleh cuba dan usaha.tidak salah...kerana Allah swt suka orang berusaha...ada rezeki..in shaa Allah menimang anak kembar lah anda...terdapat beberapa petua yang ingin dikongsikan
Doa
Doa untuk mendapatkan anak kembar adalah
1) Surah As- Saaffaat ayat 120
maksudnya : Salam Sejahtera kepada Nabi Musa dan Nabi Harun
2) Surah As Syura
masksudnya : Ia mengurniakan mereka kedua-duanya - anak lelaki dan perempuan dan ia juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya mandul. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa
Minta doa daripada orang-orang yang soleh
Firman Allah swt dalam surah An-Nahl ayat 43: Maksudnya "Oleh itu bertanyalah kamu ( wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui"
Nazar yang tidak bertentangan dengan syarak
Firman Allah swt dalam surah Ali Imran ayat 35: Maksudnya "Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas ( dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"
Jangan menzalimi binatang
Firman Allah swt dalam surah Ali Imran ayat 36;
Maksudnya : Maka apabila ia melahirkannya, maka berkatalah ia: wahai Tuhanku!Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan ( sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan Syaitan yang kena rejam ( yang dikutuk dan disingkirkan)
Selain daripada perkara di atas, faktor lain yang mempengaruhi ialah:
Genetik
Jika dalam salasilah keluarga anda terdapat pasangan yang mempunyai kembar, kemungkinan besar anda juga mampun mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan pada diri anda. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan 2 ovum secara serentak dalam satu masa
Umur
Wanita yang berumur 35 hingga 40 an dan ke atas, mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi, kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause
Bilangan anak
Lagi banyak bilangan individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu
Berat badan dan ketinggian
Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar
Diet
Pengambilan makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar
Pengambilan ubat kesuburan
Pengambilan ubat kesuburan boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.
Selain berkahwin dengan keturunan kembar, sebenarnya banyak cara untuk mendapatkan anak kembar. tetapi kebanyakannya adalah cara yang tidak sihat seperti mengandung di usia tua, mengandung ketika masih menyusui bayi, hamil di waktu si ibu gemuk dan sama waktu dengannya.
Memang boleh terjadi mendapat anak kembar tetapi kandungan tidak sihat. Kemungkinan keguguran pun tinggi , anak kembar tidak sihat atau kandungan bermasalah juga tinggi
Banyakkan makan ubi, kentang dan susu, Tiga jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi pada telur dan mungkin boleh dapatkan anak kembar. Ada yang kata, jika kita teratur minum susu dari zaman muda mudi, kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar itu tinggi. Juga jika anda amalkan memakan ubi, kentang dan susu ia bukan sahaja baik untuk mendapatkan anak kembar, malah salah satu cara untuk mendapatkan anak bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tidak ada rezeki untuk mendapatkan anak.
Semoga bermanfaat :)

0 comments:
Post a Comment