Sunday, 9 November 2014

Bagaikan satu keajaiban apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun selamat walaupun terjatuh dari aras empat sebuah kondominium di Sunga Long, Kajang. Dalam kejadian tersebut iaitu pada jam 4 petang, mangsa dipercayai memanjat balkoni sebelum terjatuh dan terhempas di atas bumbung kondominium berkenaan.

Kesan daripada kejadian tersebut, kanak-kanak itu mengalami parah apabila kedua-dua belah kakinya patah sebelum diselamatkan sepasukan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang. Ketika kejadian, mangsa hanya tinggal berseorangan di rumah kerana bapa mangsa keluar bekerja manakala ibunya seorang suri rumah keluar ke kedai berhampiran. Mangsa dipercayai keluar melalui pintu balkoni dan naik di atas kerusi sebelum terjatuh di atas bumbng genting kondominium tersebut.

sumber:hmetro

0 comments:

Post a Comment