Wednesday, 12 November 2014

"Saya terjaga dari tidur terdengar letupan kuat dari belakang rumah jiran dan apabila memeriksa keadaan luar rumah, terkejut mendapati api sedang marak membakar rumah berkenaan" kata Mohad Puzi Hashim yang berusia 60 tahun, merupakan jiran Zainal Azmi Abu Hasan, 63 tahun yang rentung dalam kebakaran rumahnya di Kampung Sungai Korok, Tanjung Belanja Kiri, Parit

Dalam kejadian tersebut mangsa yang juga orang kurang upaya (OKU) kerana bahagian kanan tubunya lumpuh ditemui di atas katil dalam bilik di tingkat bawah rumah dua tingkat yang dihuni seorang diri pada jam 5 pagi semalam

Menurut Mohd Puzi, dia dan beberapa penduduk yang lain meyaksikan kejadian itu dan tidak sempat sempat berbuat apa-apa kerana api marak dengan cepat.

"Saya hanya menjerit meminta tolong jiran yang lain kerana tidak mampu untuk meredah masuk ke dalam rumah kerana api begitu marak membakar.

"Jiran yang lain cuba memasuki rumah untuk membantu mangsa namun gagal. Ketika itu saya tidak tahu nasib Zainal Azmi kerana tidak mendengar sebarang jeritan. Selepas bomba memadam kebakaran, barulah kami tahu dia sudah rentung.

sumber :hmetro

0 comments:

Post a Comment