Kisah Menjadi Isteri Kedua... Aku Bahagia!
Assalamualaikum
Saya ingin berkongsi cerita, tentang perkahwinan saya..Saya baru mendirikan rumah tangga, sebagai isteri nombor dua. Ya. aku memang bermadu. Kadang-kadang orang lihat bermadu ini dari segi pandangan negatif. Namun. Alhamdulillah kehidupan kami okay...kadang-kadang ada juga masalah..biasalah kan?
Saya masih belajar...memang berjauha dengan suami. Saya di sini, dia di sana...Tetapi tidak mengapa. Setiap hujung minggu dia akan datang ke universiti saya. Rindu memang rindu tapi hendak buat macam mana kan...Lagipun kakak..isteri pertama selalu sahaja menelefon dan bertanya khabar. Kadang-kadang dia sendiri datang ke Kuala Lumpur kerana menjenguk saya.
Alhamudulillah semua okay. kadang-kadang bergantung kepada kita hendak urus rumahtangga macam mana. Saya baru berumur sekitar 20 an. Hendak cakap tentang masak memasak memang "hancus"... Tetatpi kakak banyak mengajar. Sedap tak sedap, suami saya tetap telan. Bahagia sangat-sangat. Kakak pula banyak memberi tunjuk ajar. Pada mulanya, memang susah nak hidup bersama kakak, tetapi suami selalu bagi pesanan dan nasihat. Tak rugi kalau mengalah kan?
Apa yang menariknya, apabila tiba musim cuti semester, rumah itu memang riuh, Saya dapat "anak segera", 3 orang pulak tu. Alhamdulillah "anak-anak" saya pun boleh rapat dengan saya, manja pula. Kadang-kadang penat layan karenah mereka. Kalau kami di dapur , memang riuh lah jadinya..Kerja yang ambil masa sejam boleh jadi lapan jam..memang kelakar..hehehe
Kalau keluar shopping, suami yang menjadi mangsa bawa barang-barang kami. Kalau keluar bercuti bersama-sama, memang seronok sangat-sangat...Serius saya kata, memang bahagia sangat-sangat!!
Sumber: siraplimau.com
.jpg)
0 comments:
Post a Comment