Sunday, 9 November 2014

Selepas kejadian baru dia sedar bahawa ia merupakan salam terakhir daripada suami. " Terasa berat untuk melepas tangan suami ketika bersalam dengannya pagi tadi", Azila Rosli, 38

Dia adalah isteri kepada Ahmad Mahyuddin Mohammad 30, yang maut dalam kemalangan di kilometer 135, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berhampiran Kampung Felda di Belara. Dalam kejadian 7 pagi itu, guru Sek Keb ( SK) LKTP Belara berkenaan memandu Proton Saga dari rumahnya di Kampung Tok Jiring, menuju ke sekolah berseorangan sebelum bertembung dengan honda city dari arah Setiu menuju ke Kuala Terengganu sebaik melepasi selekoh Kampung Felda Belara terbabit.

Akibat dari insiden tersebut, lelaki lingkungan 30-an yang memandu Honda City parah di bahagian kaki dan badan manakala guru berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di beberapa anggota badan.

Menurut Azila yang juga bekerja sebagai guru kelas Al-Quran dan Fardhu Ain di Maras, dia mengetahui kejadian selepas itu selepas dihubungi kenalan semuai yang memaklumkan kemalangan menimpa pasangannya itu dan bergegas ke tempat kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi, saya lihat tubuh suami terbujur kaku di dalam kenderaan polis"

"Saya kuatkan semangat dan cuba menenangkan tiga anak berusia 2 hingga 5 tahun yang belum mengerti pemergian ayahnya. Saya sebak apabila arwah hasrat arwah untuk menghadiri usrah dengan saya dan anak minggu ini tidak kesampaian".. katanya

Guru Besar SK LKTP Belara, Mat Saat Ibrahim berkata arwah adalah seorang guru yang disayangi oleh murid-murid dan banyak berjasa kepada sekolah. Pihaknya mendoakan keluarga arwah tabah menerima ketentuan Ilahi dan meminta semua kenalan mendoakan ketengan arwah.

sumber; hmetro

0 comments:

Post a Comment