"Emak ada bertanya kepada adik ( anak kedua) sebelum ini sama ada dia boleh masuk syurga atau tidak selepas mati nanti. Kami tidak mengesayaki apa-apa, namun rupa-rupanya pertanyaannya itu menjadi petanda dia akan pergi meninggalkan kami buat selamanya ", kata Suraya Sulaiman ( Anak Sulong kepada Zaiton Mohd Shariff)
Zaiton Mohd Shariff, 59 maut selepas bas ekspres dinaikinya bersama 27 penumpang lain terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya utara selatan, semalam. Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 2 pagi itu, Zaiton yang berasal dari Rembau, Negeri Sembilan telah maut di tempat kejadian manakala dua lagi penumpang iaitu Mohd Sukairi Wan Mustapha, 39 dan Moahamad Taufiq Osman,23 mengalami cedera parah.
Menurut Suraya, dia bersama tiga adiknya terkejut apabila menerima perkhabaran emaknya yang dalam perjalanan pulang selepas bercuti di Pulau Langkawi terbabit dalam kemalangan sehingga meragut nyawanya. "Ibu seorang yang sangat penyayang dan mengambil berat terhadap anak dan beberapa minggu lalu, emak baru sahaja pulang dari Kuala Terengganu dan dia sangat suka melancong.
Siasatan awal mendapati bas dalam perjalanan Perlis ke Putrajaya itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas melanggar penghadang besi di tepi lebuh raya. Bas berkenaan yang gagal dikawal kemudiannya melanggar belakang treler menyebabkan bahagian hadapannya remuk teruk manakala mangsa yang berada di kerusi depan dipercayai tercampak ke bahagian depan bas.
Mangsa yang lain termasuk pemandu bas tidak mengalami kenderaan dan pemandu bas itu ditahan untuk siasatan lanjut.
sumber: hmetro
Tuesday, 11 November 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment