Kisah Pelajar dan RM 0.50 yang Menyayat hati
Kringggg...
Terima kasih cikgu, semua pelajar beredar ke kantin. Tapi seorang pelajar ni tak keluar untuk rehat.
Awak tak rehat ke alif?..ujar cikgu kepada pelajar ini..Tak cikgu..jawab alif ringkas.
Kenapa Alif tak rehat?..Jawab Alif " Mak saya beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dapat beli nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur panjang dapat beli nugget jer. Jadi saya kumpul duit hari ini untuk makan hari esok. Jadi saya dapat la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Saya kat kantin hari selasa dan khamis jer cikgu" Cikgu tunduk malu
Perasaan cikgu bercampur baur, sedih sebak. Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yang membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yang kecil bagi pelajar ini 50 sen sangat besar ertinya.
Cikgu tanya lagi, kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye?
Oh hari jumaat dui 50 sen saya sedekah masa baca bacaan yaasin cikgu..Jawab Alif dengan bersahaja. Mak saya kata kalau kita sedekah rezeki kita akan bertambah.
Mata cikgu dah berkaca..Cikgu terkeju t dan bertambah sebak. Dah la duit 50 sen..siap boleh bersedekah lagi..Alluhrabbi...Ya Allah..limpahkanlah rezeki bagi keluarga pelajar ini....luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.
Huh...macam terpukul sungguh cikgu...bayangkan duit 50 sen yang diberi untuk makan...dia infakkan 50 sen untuk tabung sekola setiap jumaat semasa bacaan yassiin.
Mungkin kisah ini nampak ringkas tapi ia memberi seribu pengajaran.Mungkin Allah ingin temukan cikgu dengan pelajar supaya lebihkan sedekan dan berinfak..
sumber :detikislam

0 comments:
Post a Comment