Sunday, 9 November 2014

Bertempat di Majlis Bandaraya Shah Alam ( MBSA) semalam telah berlangsungnya final Akademi Fantasi 2014 yang mana telah mengangkat seorang lagi bintang yang bakal menyinar dalam dunia seni iaitu Firman yang berasal dari Sabah..boleh bah kalau kau...

Firman teah berjaya mengangkat diri sebagai juara af yang baru setelah mengenepikan 4 peserta lain yang tidak kurang hebatnya. Pada malam itu, firman telah membawakan 2 buah lagi yang berjudul Kejoraku Bersatu ( Search) dan lagu kedua Di pintu Mu ciptaan M. Nasir sepenuhnya. Persembahan yang cukup hebat dan menambat hati penonton di Auditorium MBSA itu telah melayakkan dia membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM50000 berserta sebuah kereta Toyota Vios, pakej percutian ke Osaka untuk seorang tajaan HNH Tours dan trofi sumbangan Astro.

Namun, apa yang ingin dikongsikan sebenarnya adalah Firman telah memberitahu bahawa wang kemenangannya itu akan digunakan untuk membawa ibu bapanya menunaikan umrah dan selebihnya ingin mendermakan wang kemenangan itu ke Gaza..Alhamdulillah..semoga niat murni itu diberkati Allah swt...teruskanlah menyumbang kepada masyarakat Islam...

"Saya pernah melalui kepayahan dan kesusahan, Jadi saya sedar bagaimana sukar pun hidup saya, ada lagi yang lebih susah dari saya"..

Sementaa itu, tempat kedua disandang oleh pelajar yang berasal dari Melaka iaitu Mohd Razman atau Aman. Dia membawa dua buah lagu berjudul Mewangi ( Akim Ahmad) dan lagu Without You dicipta sepenuhnya oleh Awi Rafael. Aman berjaya membawa pulang wang tunai RM30000 beserta sebuah kereta Produa MyVi, paker percutian ke Osaka Jepun untuk seorang tajaan HNH Tours beserta trofi.

Tempat ketiga dimenangi oleh Ewal, tempat keempat Nuha dan kelima Adel. Tahniah kepada semua peserta. Meriahkan lagi industri hiburan tanah air.....jangan lupa diri :)








sumber :rotikaya

0 comments:

Post a Comment