8 Petua Bina Keluarga Bahagia
Puji
Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan
Peluk
Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang
Penghargaan
Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang
Perhatian
Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan
Persefahaman
Memerlukan pasangan bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing
Pergaulan
Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkan daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga
Percutian
Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin
Permohonan
Doa kepada Allah swt supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

0 comments:
Post a Comment