Monday, 10 November 2014

Kuala Terengganu : "Kejadian berlaku sekelip mata, Selepas dirempuh kuat oleh motosikal, saya lihat ibu masih bergerak sebelum terbujur kaku tidak bernyawa" kata salah seorang anak mangsa kejadian langgar berhampiran Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang, semalam

Siti Syamimi Azwa , 18 berkata sebelum kejadian, dia bersama ibunya, Dayang C.Abd Kadir, 51 dan adik bongsunya. Mohamad Izzudin Nazmi, 12 sedang berjalan kaki menuju ke kedai makan sebelum menghantar adiknya itu ke sekolah itu, di sini.

"Keadaan ketika itu agak tenang dan tidak banyak kenderaan cuma ada beberapa buah motosikal sahaja. Namun tidak pasti bagaimana sebuah motosikal tiba-tiba merempuh ibu yang sedang memimpin tangan adik. Tangan adik terlepas akibat rempuhan yang kuat dan ibu terbaring berlumuran darah di atas jalan.

"Saya masih trauma dengan kejadian yang berlaku keran tidak menyangka kejadian kira-kira jam 7.15 pagi tadi (semalam) meragut nyawa ibu buat selama-lamanya. Adik yang ketika itu memegang tangan ibu juga masih trauma dan enggan bercakap buat masa ini" katanya.



sumber : sinarharian

0 comments:

Post a Comment