Tuesday, 4 November 2014



Apa yang bagus sangat tentang Yahudi? Kenapa Allah swt beri keistimewaan kepada Yahudi?...Sebelum anda membuat pelbagai andaian dan sentimen kebencian terhadap Yahudi, anda perlu tahu yang rahsia orang Yahudi ini sebenarny ada pada kita. Ingin tahu rahsianya? Ingin Tahu bagaimana Yahudi mendidik anak yang bijak dan beriman? Ianya bermula sebelum pertemuan antara si ibu dan ayah lagi....bukan niat ingin mengagungkan Yahudi cuma cara didikan yang mereka terapkan boleh diambil..sebagai langkah melawan puak ini saban hari nanti...Yahudi boleh Kenapa kita tak boleh....caranya adalah


  • Bagitu acuan begitu bentuknya
Lazimnya orang yahudi mementingkan keturunan kerana mereka tahu bahawa jika si ibu dan ayah adalah bijak pandai, maka anak-anak mereka turut sama pandai. Suku kaum Ashkenazi yahudi yang tinggal di eropah timur pada zaman dahulu amat memilih siapa bakal menantu kepada anaknya untuk memastikan keturunannya adalah bijak dan mempunyai IQ tinggi. Terdapat satu ungkapan di dalam kitab Talmud yang mengatakan "seorang lelaki patur menjual seluruh hartanya supaya dapat berkahwin dengan perempuan yang alim sama juga jika mahu mengahwini anak perempuan dengan seorang alim". Hal yang demikian menunjukkan Yahudi memandang tinggi golongan bijak pandai dalam kalangan mereka.

Pada zaman Rasulullah saw sekalipun, sebilangan golongan Yahudi yang tinggal di Madinah adalah golongan ahli agama yang bijak atau lebih dikenali sebagai Ahli Kitab. Sebab itu lah banyak surah-surah di dalam Al-Quran yang banyak ditujukan kepada golongan Ahli Kitab ini kerana mereka sememangnya faham tentang ilmu bahasa dan kesusasteraan

Jadi genetik memainkan peranan yang penting dalam melahirkan anak yang bijak. Namun perlu ingat, faktor persekitaran juga mempengaruhi apa yang akan terjadi kepada anak-anak.

  • Semasa si Ibu mengandung
Semasa ibu mengandung, si ibu akan menyanyi dan bermain piano manakala si bapa akan mengadap buku matematik bersama-sama dengan si ibu menyelesaikan masalah matematik yang susah. Walaupun terdapat perselisihan pendapat tentang kesan muzik yang boleh meningkatkan IQ bayi dalam kandungan, muzik klasik boleh memberikan kesan positif terhadap perkembangan awal bayi.

Saintis terkenal , Albert Einsten datang dari keluarga yang minat bidang sains. Ayah dan ibunya kerap memberikannya buku-buku sains ketika beliau masih kecil. Jadi, anda tidak perlu meletakkan headfon pada perut supaya bayi dalam kandungan anda dengar. Cukup dengan membaca Al-Quran sekurang-kurangnya seusai solat fardhu boleh memberikan kesan yang baik untuk perkembangan otak dan rohani bayi. Bacaan surah-surah seperti Al-Fatihah, At-Taubah, Yusuf, Maryam, Luqman, Yaasin, An-Nahl dan doa-doa daripada Rasulullah saw untuk kebaikan anda dan bayi di dalam kandungan serta mendapat perlindungan dan pahala daripada Allah swt.

Jika inginkan anak yang genius, cuba pelajari sesuatu yang baru seperti belajar bermain Sudoku, permainan silang kata atau apa sahaja permainan yang memerlukan kemahiran berfikir dan penaakulan. 

  • Jaga Pemakanan
Makanan yang dimasukkan ke dalam perut bukan sahaja untuk mengenyangkan tetapi membentuktubuh badan yang sihat dan cerdas. Orang-orang yahudi mengambil berat hal ini sejak anak-anak masih kecil lagi. Mereka tahu bahawa untuk menajadikan anak-anak mereka bijak dan cergas, sel-sel otak perlu sering berhubung dan cekap. Pemilihan makanan juga dijaga. Ikan tidak akan dihidang bersama dengan daging kerana menurut mereka, makanan laut dan makanan darat tidak boleh dimakan bersama kerana ia boleh memudaratkan kesihatan. Buah-buahan juga tidak dimakan selepas makanan hidangan utama tetapi semasa mula untuk makan. Untuk anak-anak yang bersekolah mereka diberikan pil minyak ikan, kacang badam, kismis, madu dan anggur.

Tidak dinafikan bahawa Yahudi telah mengamalkan apa yang telah dianjurkan oleh Rasullullah saw 1400 tahu yang lalu.

Tifak dinafikan makanan sunna seperti madu, kismis, buah delima, kurma, habbatus sauda dan buah zaitun memang ada khasiat dan keberkatannya. Anak-anak memerlukan makanan yang baik. Jadi jangan biarkan mereka makan makanan yang tidak berkhasiat, karbonat yang tinggi, banyak asid, pewarna tiruan dan lemak yang tidak menyihatkan.

  • Sains, matematik dan perniagaan
Matapelajaran Matematik dan perniagaan diberikan perhatian utama. Bagi anak-anak yang belajar sekolah rendah, mereka akan didedahkan aspek pengiraan sejak kecil lagi. Dibantu dengan pemakanan yang sihat dan aktiviti kurikulum seperti memanah dan menembak..ia tidak menjadi masalah kepada anak-anak orang yahudi yang mempunyai minda yang tajam dan boleh mencapai IQ yang tinggi.

Semasa di sekolah tinggi, pelajar-pelajar akan digalakkan untuk terlibat di dalam sains dan rekacipta. Sekolah mewajibkan setiap pelajar untuk menghasilkan satu produk yang boleh memperbaiki kehidupan orang-orang yahudi. Jika mereka berjaya dan mengahasilkan ciptaan yang berpotensi tinggi, idea tersebut akan dibawa ke institusi yang lebih tinggi iaitu universiti

Oleh itu, corak pendidikan kepada anak-anak di rumah amat perlu dititikberatkan. Dedahkan anak-anak dengan membaca buku seawal usia yang mungkin. Ajar mereka tentang asas agama Al-Quran dan hadis. Ikuti saranan Nabi Saw untuk mendidik anak:

" Ajarkan anak-anak kamu solat ketika mereka usia tujuh tahun, pukullah mereka sekiranya mereka melalaikan solat apabila berusia 10 tahun dan pisahkan tempat tidur mereka" ( Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud"

  • Rohani 
Walaupun ada orang yahudi yang berfahaman sekular dan tidak mementing agama, namun ada dalam kalangan mereka yang masih berpegang kepada ajaran agama. Orang yahudi ortodok masih mengekalkan adat resam dan peraturan agama Judaism yang dianuti. Mereka berpendapat bahawa agama penting dalam kehidupan dan dengan menjalankan ibadah, seseorang dapat mengubah dirinya.

Oleh itu, apa yang boleh kita teladani adalah  pendidikan agama amat penting untuk anak-anak. Dekatkan anak-anak dengan al-Quran, Latih mereka supaya mereka boleh membaca Al-Quran, memahami maknanya dan menghafalnya. Jika tidak dihantar ke pondok sekalipun, cukuplah dengan didikan dan pengawasan anda. Pembentukan sahsiah amat penting.



0 comments:

Post a Comment