Friday, 14 November 2014

Kemungkinan ramai yang tidak tahu sejarah di sebalik keindahan Pulau Poveglia, iaitu salah satu pulau kecil yang terletak di Itali



Terletak di antara sempadan Itali dan Lido, pulau ini dikatakan menyimpan sejarah yang agak menakutkan. Sejarah bagi pulau ini bermula pada 1379 apabila dikatakan menjadi tempat persembunyian bagi pelarian perang ketika berlakunya siri serangan di Eropah.

Pulau ini tidak didiami oleh sesiapa pada abad-abad berikutnya

Kisah hitam pulau ini dicatatkan pada tahun 1793 apabila serangan wabak penyakit melanda Itali.

Dikatakan pulau tersebut menjadi lokasi ideal bagi kerajaan itali untuk mengkuarantin pesakit bagi wabak bubonik, tau, denggi dan sebagainya daripada menjangkiti atau menyebarkan virus kepada penduduk di tanah besar Itali

Menurut masyarakat tempatan, pesakit yang dihantar ke pulau itu akan dibakar hidup-hidup atau dibiarkan kelaparan sehingga mati

Malah ada yang mengatakan, sebilangan pesakit yang dibawa ke pulau itu akan dicampakkan ke dalam sebuah lubang yang dipenuhi rangka dan tengkorak manusia.

Pada tahun 1922, sebuah rumah sakit jiwa dibangunkan di pulau indah itu, Namun wujud pelbagai laporan yang mengatakan kesemua pesakit jiwa yang mendapat rawatann di pulau tersebur mati akibat kekejaman doktor yang dilakukan pelbagai uji kaji dan eksperimen kejam ke atas pesakit mereka.

Diakatakan doktor yang merawat pesakit-pesakit di hospital sakit jiwa itu membunu diri dengan terjun dari menara lama yang terdapat di hospital berkenaan.

Pulau itu terbiar tidak berpenghuni sejak tahun 1968

Sehingga kini, Pulau Povegia seluas 68 kilometer persegi mencatatkan kematian sehingga 160.000 nyawa.

0 comments:

Post a Comment