Tahniah! Shila Amzah dianugerahi "Ikon Wanita Muda 2014" bersempena Perhimpunan Agung Puteri Umno di PWTC
Penyanyi wanita popular tanah air, Shila Amzah telah dianugerahi "Ikon Wanita Muda 2014" bersempena Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri Umno di PWTC
Shila diwakili bapanya, Datuk Amir Amzah Sallah (ND Lala) untuk menerima anugerah itu yang disampaikan Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ernieyati Samsudin
Penyayi itu, yang kini berada di Beijing , China untuk rakaman rancangan muzikal di negara berkenaan, melahirkan kebanggaan dan penghargaannya di atas penganugerahan itu menerusi video pendek yang dipaparkan kepada perwakilan di dalam dewan persidangan
"Saya rasa terharu dan bersyukur dengan anugerah yang diberikan oleh Puteri Umno. Saya berterima kasih kepada Puteri Umno kerana menngiktiraf bakat seni saya. Harapan saya kepada belia wanita muda di luar sana supaya sentiasa menyokong usaha Puteri Umno dan selamat bersidang kepada anggota-anggota Puteri Umno."
Selain Shila Anugerah Ikon Wanita Muda 2014 juga diberi kepada atlet wanita berbasikal negara, Fatehah Mustapa yang meraih pingat perak dalam acara keirin dalam Sukan Asia Incheon, Korea Selatan.

0 comments:
Post a Comment