Sunday, 2 November 2014

China - Seorang lelaki mabuk jatuh ke dalam kumbahan najis kerana mahu mengambil jalan pintas dengan harapan dapat mengelak daripada bergaduh dengan isterinya. Chi Fang, 42 menghabiskan masa dengan minum bersama rakan-rakanya di Wuhu di daerah Anhui, timur China apabila isterinya telefon mengarah dia balik segera.

Dalam keadaan tergesa-gesa dia mengambil jalan paling dekat untuk pulang, melintasi sebuah jalan yang boleh menjimatkan beberapa minit masanya. Kerana pening akibat minum arak, Chi berhenti seketika untuk muntah. Dia membongkok melepasi besi penghadang, tetapi tidak dapat mengawal diri lalu jatuh ke dalam kolam kumbahan tersebut.

sumber :metro

0 comments:

Post a Comment