Thursday, 13 November 2014

Apabila seorang lelaki di wilayah Guangdong mengetahui isterinya menghabiskan dua bulan gajinya membeli belah dalam talian sempena "Hari Single" ( 11 November), dia merajuk dan enggan pulang ke rumah.

Dalam keadaan mabuk selepas minum arak, lelaki itu mencari tempat tidur dan akhirnya menemui paip konkrit.

Dia turut menemui orang-orang yang dipeluknya sepanjang malam sebagai cara untuk mengurangkan kesejukan.

Keesokannya, seorang pekerja binaan yang melakukan tinjauan di kawasan itu, terkejut melihat lelaki itu begitu lena sambil memeluk orang-orang yang dipakaikan pakaian wanita

Dia mengejutkan lelaki itu selepas merakam beberapa gambar sambil bertanya apa yang terjadi hingga menyebabkan dia tidur di situ,

Lelaki berkenaan berkata, dia kecewa apabila mengetahui isterinya menghabiskan wang sebanyak 10000 yuan ( RM5452) untuk membeli belah menerusi internet

Lelaki itu bekerja sebagai tukang masak dan memperoleh pendapatan RM2453 sebulan dan selepas mengetahui gajinya habis, dia enggan pulang ke rumah.

Dengan tidak tahu apa yang hendak dilakukannya, dia membeli arak dan menjumpai orang-orang untuk dijadikan teman sepanjang malam itu dan dia menyatakan  "Lebih seronok memeluk orang-orang daripada memeluk isteri"

sumber : hmetro

0 comments:

Post a Comment