Tuesday, 11 November 2014

Seorang lelaki di China telah membelanjakan sebanyak 500,000 yen ( RM300000) untuk membeli 99 i-phone6 dalam usaha memikat seorang rakan sekerja.

Lelaki itu yang dikatakan menghabiskan semua wang simpanannya yang dikumpulkan selama dua tahun, menyusun telefon baru itu untuk membentuk lambang hati di tengah-tengah lot parkir berhampiran tempat kerja pada waktu tengah hari

Wanita yang menjadi sasarannya tiba di tempat kerja selepas dipujuk oleh rakan sekerja yang lain tetapi hingga kini masih belum memberi jawapan.

Lelaki itu melakukannya sehari sebelum 11/11 yang digelar "Hari Single" yang mana hari biasanya menyaksikan jualan barangan di China meningkat mendadak kerana jumah orang yang ingin melakukan perbuatan ganjil seperti itu tetapi dalam skala yang kecil

Beberapa minggu lalu, seorang jutawan menghadiahkan seluruh rakan sekolah menengahnya telefon pintar berkenaan.



0 comments:

Post a Comment