Serius Menakutkan! Potong Rambut dengan Pedang Samurai
Vietnam : Memotong rambut dengan menggunakan mesin atau gunting terlalu mainstream. Namun hal unik dan lain dari yang lain apabila Nguyen Hoang Hung menggunakan sikat dan katana ( pedang samurai tradisional Jepun) yang biasa disebut samurai oleh pelanggannya.
Menurut Hung penggunaan samurai ini dirasai lebih memudahkan dirinya saat memotong rambut pelanggan kerana samurai lebih tajam berbanding gunting secara amnya. Dengan itu, ia dapat memotong rambut lebih cepat dari biasanya.
Keunikan yang dilakukan oleh Hung inilah yang membuat salonnya lebih ramai dikunjungi oleh pencintanya. Baik lelaki mahupun perempuan. Tidak hanya setakat memotong sahaja tetapi dapat membentuk rambut wanita dengan model layer, bob, shaggy dan banyak lagi. Para pengunjung yang datang tidak pernah bosan dengan khidmat yang deberikannya.



0 comments:
Post a Comment