Wednesday, 12 November 2014

Seorang remaja belasan tahun di Uttar Pradesh, India buat pertama kalinya dalam masa lapan tahun, mampu membuka mulutnya selepas menderita akibat satu kemalangan yang menyebabkan rahangnya melekat pada pangkal tempurung kepalanya.

Shivam Sharma dari Hathras, Uttar Pradesh di India, tidak boleh makan atau bercakap sejak jatuh dari bumbung rumahnya.

Kecederaan yang dialaminya juga menyebabkan dia mengalami kesukaran untuk bernafas hingga menyukarkan dia tidur.

Namun begitu, dua doktor berjaya membuat semula rahangnya menggunakan sendi tiruan. Kejayaan ini membolehkan Sharma menganga dan menggerakkan mulut semula.



0 comments:

Post a Comment