Sepasukan anggota penguatkuasa Jabatan Imigresen Selangor telah melakukan serbuan yang bukan sahaja menahan warga asing, tetapi turut membawa kepada penemuan sebuah lokasi memproses rojak dan cendol dalam keadaan menjijikkan.
Kawasan itu tersorok di sebuah kawasan pembinaan di pinggir bandar ini, Puchong.Didapati kawasan pemprosesan makanan itu seolah-olah seperti tempat pembuangan sampah kerana dipenuhi sampah serta air bertakung selain berbau busuk.
Difahamkan kawasan pemprosesan itu sudah berjalan lebih setahun lalu yang turut menggaji warga asing sebagai penjual cendol dan rojak dengan menaiki motosikal serta lori di sekitar daerah ini dan kawasan berdekatan. Lebih menjijikkan, peralatan yang digunakan untuk menyediakan rojak dan cendol turut dijadikan tempat berendam seluar dalam milik pekerja dan diletakkan hampir antara satu sama lain. Selain itu, keadaan dapur yang dijadikan tempat membuat kuah rojak dipenuhi dengan sampah dan tidak dijaga dengan baik.
sumber :harianmetro
Wednesday, 5 November 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment