Saingan minggu pertama Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 20140 di Dewan Teater Diraja Selangor di sini, malam ini menyaksikan dua kumpulan tersingkir.
Kumpulan yang kurang bernasib baik itu adalah Sayot dan Kepoh yang kedua-duanya masih mentah dalam pentas lawak jenaka.
Kepoh dianggotai Izu, Pian dan Kamal terpaksa akur dengan penyingkiran berikutan memperoleh undian terendah iaitu 20.3 peratus
Manakala, Sayot pula dianggotai Filzah, One dan Zam itu gaga menyerlah dalam persembahan mereka. Sayot sekadar mencatat 23.3 peratus undian
Izu yang mewakili kepoh, mereka akur dengan pentingkiran itu kerana pengalaman yang masih kurang dan masih baru "kami masih lagi budak-budak yang baru belajar. Pengalaman kami masih kurang. Apa pun kami banyak belajar dengan pelawak senior yang bertanding dalam MLM 2014 yang sudi membantu"
Menurut Izu, sebagai kumpulan pelawak baru, pentas MLM 2014 ini masih besar buat kepoh. Namun mereka tetap bersedia untuk bersaing pada masa akan datang.
Friday, 14 November 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment