Friday, 14 November 2014

Pelakon Zahiril Adzim menjelaskan tindakannya menunaikan solat di parkir PWTC sebelum anugerah Skrin 2014 ( ASK 2014) pada 7 november lalu bukan tujuan untuk menunjuk-nujuk..Alhamdulillah..

Zahiril juga menjelaskan bahawa dia terpaksa menunaikan solat Maghrib di kawasan letak kereta tersebut berikutan sudah kesuntukan masa selepas berkejar-kejar dari lokasi pengambaran untuk menghadiri masjlis berkenaan.



"Saya terpaksa menunaikan solat maghrib di parkir kerana waktu solat sudah suntuk dan saya sudah mengagaknya. Jadi selepas pengambaran saya pulang ke rumah untuk ambil isteri saya dan ketika itu saya sudah siap-siap ambil air sembahyang.

"Selepas sampai sahaja PWTC saya cari tempat tersorok untuk bersembahyang kerana kalau saya bergegas ke surau sudah tentu penuh, lagi pun saya takut air sembahyang saua terbatal jika ada yang ingin bergambar ketika dalam perjalanan ke surau."

Zahiril diminta mengulas apabila gambarnya sedang bersembahyang di kawasan parkir sebelum bermula majlis ASK 2014 tersebar dan dibualkan di laman sosial.

Gambar dirakamkan oleh peminat yang melihat situsi menyebabkan Zahiril dituduh mahu menunjuk-nunjukk kerana tidak menunaikan solat di surau yang disediakan di PWTC

Jelas Zahiril, dia sendiri terkejut apabila diberitahu tentang gambar itu tersebar dan dperkatakan di laman sosial

"Saya rasa ia tidak elok untuk disebarkan kerana ia akan menimbulkan finah seperti ini, saya pun tidak perasan sesiapa yang mengambil gambar tersebut.. Kalau benar saya mahu menunjuk-nunjuk baik saya sembahyang di red carpet"

"Saya sudah cari tempat paling sunyi yang tiada orang ramai, namun saya tahu pengawal keselamatan berhampiran kerana takut kalau ada apa-apa yang berlaku ketika solat"

0 comments:

Post a Comment