Beliau terpaksa "ikat perut" untuk melihat ciptaan Allah swt di sweden, England, Scotland, Denmark, Jerman, Austria, Romania, Bulgaria, Turki, Serbia, Bosnia, Hungary, Switzerland, Perancis, Belanda, Norway, Croatia, Itali dan England.
Menurutnya, dia kini telah mengembara ke 34 buah negara dan kos perjalanannya diperoleh hasil mengendalikan kelas tuisyen, menjadi koordinator dan fasilitator serta mengadakan persembahan nasyid. Bagi mengurangkan risiko, beliau hanya makan coklat pada waktu tengah hari dan malam selain tidur di mana-mana stesen kereta api untuk memudahkan perjalanan pada keesokan harinya.
Menceritakan pengalaman beliau, pernah berlaku cubaan samun terhadapnya semasa berada di Romania. Namun, Alhamdulillah beliau berjaya menyelamatkan diri. Kejadian ini juga tidak menghalang untuknya terus menjelajah ke negara lain pula pada masa akan datang. Bercakap mengenai minatnya untuk mengembara, beliau menyatakan bahawa minatnya timbul selepas menjadi koordinator Program Swedish Muslim Academics Summer Camp di Um, kira-kira empat tahun lalu.
"Ketika ini minat saya kumpul duit untuk mengembara. Apbila cukup wang saya manfaatkan cuti semester pengajian dan mengembara ke luar negara. Saya sudah melakukannya sejak empat tahun menuntut di UM. Saya juga pernah melawat China, Mesir , Indonesia, Singapura, Thailand, Korea , Sri Lanka , Arab Saudi dan Brunei". Tambahnya lagi, hasrat untuk menjelajah semakin kuat apabila dia menanamkan semangat berteraskan tema "Dengan lafaz Basmallah, Aku Menjelajah"


0 comments:
Post a Comment