Wednesday, 26 November 2014



Bahan-bahan

3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan ditapis
2 cawan air suam @ (1 cawan susu cair dan 1 cawan air suam)
1/2 cawan susu peat - resepi asal 1 cawan
Esen Vanilla - 1 sudu keci;

Cara-Cara

Gula Hangus
Masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jadi perang ( guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, ( berhati-hati gula panas). Kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan

Panaskan pengkukus. Carik-carikkan roti kemudian blender bersama air suam dan susu. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blended sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kuku sehingga masak. ( 40 minit-1jam)

selamat mencuba :)

sumber :secubitgaramnor67

0 comments:

Post a Comment